27 Mei 2013

Jutaan rakyat ke Dataran Merdeka jika SPR tidak letak jawatan kata Mat Sabu.

17 Rejab 1434 H. [MOD] -

Para peserta yang turut hadir perhimpunan #Black505 di Tapah malam tadi. — Gambar oleh Tajuddin Jawad
TAPAH, 27 Mei — Pakatan Rakyat (PR) akan menghimpunkan jutaan rakyat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur jika tuntutan mereka agar pengerusi, timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak ditunaikan, kata Mohamad Sabu.

Menurut timbalan presiden PAS itu, jika desakan tidak ditunaikan, PR akan menganjurkan lebih banyak perhimpunan sehingga kerajaan Datuk Seri Najib Razak turun takhta.
“Jutaan rakyat akan memenuhi Kuala Lumpur jika tuntutan kita tidak ditunaikan tidak lama lagi,” kata Mohamad dalam perhimpunan #Black505 di sini malam tadi.
“Jika SPR tidak letak jawatan, kita akan terus mengadakan perhimpunan sehingga kerajaan Najib gugur,” tambah beliau lagi.
Perhimpunan #Black505 di Tapah ini adalah yang kesepuluh bagi membantah keputusan Pilihan Raya 2013 dan julung kalinya dianjurkan oleh PAS.
Turut hadir dalam perhimpunan itu adalah pemimpin PR Perak seperti Datuk Seri Nizar Jamaluddin, V Sivakumar dan ramai lagi.
Menurut Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu itu, penipuan pilihan raya telah menggugat kepercayaan rakyat Malaysia terhadap sistem demokrasi.
“Kita kena ingat, rakyat memilih pilihan raya, rakyat memilih jalan demokrasi. Kenapa rakyat memilih jalan raya di Tunisia? Mesir? Jakarta?
“Kerana mereka sudah tidak yakin dengan jalan demokrasi,” katanya disambut dengan sorakan daripada ribuan hadirin berpakaian hitam.
Mohamad turut mengingatkan pasukan keselamatan, polis dan tentera agar bersikap profesional dan menjaga keselamatan rakyat.
“Polis dan tentera saya ingatkan. Jaga keselamatan rakyat, jika gugur sebutir peluru kepada rakyat yang tidak bersenjata, bererti kamu sudah kalah.
“Jangan usik rakyat yang memilih cara demokrasi ini,” katanya.
PR menyalahkan penipuan pilihan raya menyebabkan mereka tidak menjadi kerajaan walaupun menang undi popular pada Pilihan Raya 2013.
PR menang 89 kerusi Parlimen berbanding Barisan Nasional (BN) yang mendapat 133 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen.
Walau bagaimanapun, buat pertama kali semenjak 1969, BN kehilangan undi popular apabila hanya mendapat 47 peratus undi keseluruhan berbanding PR yang mendapat 51 peratus.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perhimpunan #Black505 pada Sabtu di Padang Timur, Petaling Jaya turut menegaskan beliau menolak idea untuk bekerjasama dengan SPR dan menyokong desakan untuk pesuruhjaya SPR meletakkan jawatan serta merta.
“Kita tidak akan bekerjasama atau bekerja atau melibatkan diri dengan Suruhanjaya Pilihan Raya yang menipu,” kata ketua umum PKR dan menambah “kata dua” akan dikeluarkan jika mereka tidak meletak jawatan.

2 ulasan:

Malaysiabaru berkata...

salam

Ana ada bbrp cadangan yang akan mengembalikan kegemilangan PAS ... for GOD sake for ONCE lps listen listen listen ...

1. cara mat meSrAPU tak betul... takde effect langsung terhadap PRU 13 kalau turun 100 000 org pun di DATARAN MERDEKA ..setakat pergi dengar dan balik... alahai dlm you tube pun boleh tengok

2. cara terbaik adalah .... ini pun kalau PAZZ ade teluq
a. OSTAD PAZZ ke depan buat bantahan demi bantahan melalui apa cara sekalipun samada melalaui media statement panas atau kuliah umum percuma...

b. UZTAZ PAZZ perlu provoke pihak berkuasa melalalui kekuatan minda atau kata kata yang boleh merangsang tindak balas ...

c. USTAD PAZS perlu ke depan membantah di hadapan pejabat pihak berkuasa yang berkaitan dgn pilihanraya ...


ULTIMATELY .... USTAZ PAS di tangkap di humbang dlm LOCK UP

dan ini AKAN MENAIKKAN SEMANGAT ORG KAMPPUNG YANG KEBANYAKAN ISLAM TIDAK TULEN UNTUK BANGKIT DAN MARAH .. HANYA CARA USTAZ USTAZ PAS DI HUMBANG KE PENAJARA SAHAJA AKAN MENAIKAN SEMANGAT ORG MELYU KAMPUNG. NAJIB ZALIMI ISLAM... DAH LAH MELAYU LEMAH... PAK LEBAI DAN USTAZ DI TUTOH MCM MANGSA ALYAHUDI..

OK APE MCM ... USTAZ pas ADE TELUR ???? NIK ABDUH ADE TELUR ( BEKAS i.s.a) ..
ANA HARAP ANTE ANTE BUAT LAAA..

Tanpa Nama berkata...

Bodo punya ulasan.malaysiaharu