23 Julai 2013

Che Long mengundi 8 pagi di SK Kampung Baharu


14 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

BESUT: Calon PAS N.01 Kuala Besut Azlan@Endut Yusof atau lebih mesra dengan panggilan Che Long akan membuang undi di Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu seawal jam 8.00 pagi esok.


Pengurus Kempen PRK Kuala Besut Hanapiah Mat berkata, untuk kempen pusingan akhir pada hari ini Che Long akan bertemu seberapa banyak pengundi di sini.

Katanya, sebaik Che Long membuang undi awal pagi esok beliau akan hadir di setiap unit peti undi iaitu lapan peti yang berakhir di unit peti undi Bukit Puteri.


Lapan peti undi itu termasuklah, Tok Saboh, Bukit Puteri, kampung Baharu, Pulau Perhentian, Kampung Nangka, Kampung Nail, Seberang Barat dan Sebarang Barat Luar.  



Selain bertemu mata, katanya Che Long turut mengajak kenalan untuk mengundinya esok hari melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), facebook dan menelefon.



"Kita mengharapkan keajaiban yang ada pada Che Long, sama ada orang tua atau muda ambil kesempatan undi Che Long,"katanya.



Hari ini juga Che Long akan ke  Pulau Perhentian buat kali ke dua dan akan tertumpu kepada pengundi-pengundi terpilih sahaja.



"Saya mewakili calon merayu seluruh penduduk Kuala Besut untuk memberi undi kepada Che Long yang rata-rata dikenali penduduk di sini," katanya dalam sidang media di Markaz Besar PAS PRK Kuala Besut hari ini.

Harakahdaily/-

Tiada ulasan: