BESUT: Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Nassuruddin Daud meminta pengundi Kuala Besut agar jangan mudah diperbodohkan dan mesti lebih cerdik daripada Umno BN.
Beliau berkata demikian pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut dengan siri ceramah di Kampung Tok Saboh yang dihadiri lebih 2,000 orang, malam tadi.
Jelasnya lagi, PRK yang diadakah selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) merupakan medan terbaik rakyat Kuala Besut untuk membuat perubahan serta menafikan kekuasaan BN di Dewan Undangan Negeri (Dun).
"Peluang ini sekali je dalam seumur hidup, kalau penduduk di sini tidak mengambil peluang yang diberikan ia adalah suatu yang merugikan.
"Jangan takut dengan ugutan, kita kena lebih cerdik dari Umno. Kalau Umno bagi kambing kita ambil.
"Kalau kita cerdik dari Umno, apa yang mereka bagi kita ambil. Dia bagi seratus cuba mintak dua ratus, mereka akan bagi sebab kita ni pengundi mereka dan pada 24 Julai nanti kita pangkah bulan (PAS)," ujarnya.
Katanya lagi, PAS sentiasa mendampingi rakyat serta mengambil berat permasalahan yang dialami rakyat terutama dalam soal kebajikan.
"PAS akan fikir kebaikan rakyat dan sentiasa bersama memperjuangkan hak rakyat tidak kira bila-bila masa pun.
"Tetapi itu tidak kepada kerajaan BN, mereka hanya akan berkumpul bertemu rakyat dengan segala janji apabila adanya PRK selepas itu mereka hilang dengan janji-janji kosong," kata beliau.
Nassuruddin memberitahu kejayaan menperolehi 16:16 bukan sahaja menjadi sejarah di negara ini ataupun peringkat antarabangsa, namun turut menjadi perbualan generasi yang akan datang yang menyifatkan perubahan yang diambil adalah suatu yang dibanggakan.
harakahdaily.net
Tiada ulasan:
Catat Ulasan