23 July 2013

Enam pelatih lahirkan bayi di kem PLKN sejak 2004

14 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

Kementerian Pertahanan hari ini mendedahkan, enam kes pelatih melahirkan bayi semasa menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) sejak dilaksanakan pada 2004.
Sehubungan itu, Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abdul Rahman Bakri, berkata kementerian sedang mengkaji cadangan bagi mengadakan ujian kehamilan dan mengumpul maklum balas dari pelbagai agensi.
Ini kerana, beliau berkata pelatih perlu membuat perakuan termasuk ujian kehamilan dengan mengisi borang perakuan kesihatan.
"Tarikh haid terakhir perlu dinyatakan tetapi jika tidak pasti, pelatih akan dirujuk kepada pakar perubatan kerajaan.
“Bagaimapun kesahihan borang itu sepenuhnya bergantung kepada kejujuran pelatih itu sendiri," katanya.
Abdul Rahman berkata demikian menjawab soalan lisan Senator Datuk Lim Nget Yoon pada sidang Dewan Negara, hari ini.
Mengenai bilangan pelatih PLKN, beliau berkata seramai 150,000 pelatih akan menjalankan latihan PLKN di seluruh negara pada 2014 berbanding 140,000 pada tahun ini. TMI/-

No comments: