23 July 2013

IPU tidak sihat di Muar, Bukit Rambai dan Pelabuhan Klang hari ini

14 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Hanya tiga kawasan iaitu Muar, Bukit Rambai dan Pelabuhan Klang mencatatkan kualiti udara tidak sihat pagi ini berbanding lima semalam. 

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar, Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang direkodkan sehingga 9 pagi ini di Muar menunjukkan bacaan 113, Bukit Rambai (115) dan Pelabuhan Klang (104). 

Sebanyak 43 kawasan lain mempunyai bacaan IPU sederhana termasuk enam yang menghampiri paras tidak sihat iaitu Banting dengan IPU 92 selain Nilai, Shah Alam, Kemaman, Cheras dan Putrajaya dengan IPU masing-masing 90. 

Menurut portal itu lima kawasan mempunyai kualiti udara yang baik iaitu Sandakan, Tawau, Sarikei, Sibu dan Sri Aman. 


Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas sebagai bahaya. - BERNAMA

No comments: