14 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
Kualiti udara di Muar semakin merosot apabila mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat iaitu 107 pada 9 malam ini berbanding 102 jam 4 petang semalam.
Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan di kawasan itu berada pada tahap 106 pada 7 malam hingga 8 malam sebelum merosot kepada 107 sejam kemudian.
Dua kawasan mula menunjukkan penurunan kadar IPU tetapi masih dalam kategori udara tidak sihat iaitu Bukit Rambai (116 pada 9 malam/122 pada 4 petang) dan Banting (104 pada 9 malam/111 pada 4 petang).
Dua lagi kawasan menunjukkan penurunan bacaan IPU namun pada tahap sederhana iaitu Cheras (82 pada 9 malam/117 pada 4 petang) dan Bandar raya Melaka (95 pada 9 malam/101 pada 4 petang).
Kualiti udara di Pelabuhan Klang dan Putrajaya pula menghampiri status tidak sihat dengan bacaan IPU masing-masing 99 dan 96.
Sebanyak 38 kawasan lain mencatat IPU sederhana manakala 11 masih memiliki kualiti udara yang baik, kebanyakannya di Sabah dan Sarawak.
Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas sebagai bahaya.
JAS, dalam satu kenyataan petang tadi, menyebut punca kemerosotan kualiti udara adalah dipengaruhi jerebu merentasi sempadan.- Bernama
1 ulasan:
memang kualitas udara perlu diperhatikan dari pencemaran, mampir juga dong ke blog saya www.goocap.com
Catat Ulasan