28 Mei 2009

TUNGGU !! `ALBUM TERBARU' KAK MIN DI PENANTI BERTAJUK " MASIHKAH KAU INGAT..."

Bekas Ketua Wanita PKR P.Pinang yang telah `membuangkan' diri serta `terbuang' kini menjadi `Super Women' dan diangkat sebagai ikon TV3 serta media-media bangkrap idea di negara ini. Sebelum ini, tidak ramai yang mengenali Aminah binti Abdullah atau lebih glamour dipanggil Kak Min. Semenjak beliau menawarkan diri menjadi calon bebas di dalam PRK Dun Penanti akan datang ini, nama tersebut menjadi `ratib' kepada media kerajaan yang semakin dahaga kepada berita-berita sensasi.

Meski pun sebelum ini telah banyak kita melihat calon-calon bebas yang masuk bertanding di dalam PRK termasuk yang mencipta rekod calon bebas teramai di Dun Bukit Selambau baru-baru ini, tetapi tiada calon bebas yang mendapat liputan luar biasa dari pihak media seperti yang diperolehi oleh Kak Min.

Nampaknya Kak Min benar-benar seorang wanita yang bersikap lebih `jantan' dari Umno. Kak Min berani menawarkan dirinya untuk menentang calon lain terutamanya dari calon PKR. Sebagai tanda terima kasih, memang wajar Kak Min diberi ruang yang luas oleh media perdana untuk beliau berkata apa jua asalkan dapat memburukkan imej PKR. Baru-baru ini Kak Min mendedahkan tentang perlakuan rasuah yang kononnya dilakukan oleh PKR melalui wakilnya agar Kak Min menarik diri dari bertanding di Dun Penanti. Beliau mendakwa kononnya ditawarkan sejumlah wang serta beberapa jawatan termasuk yang menggelikan ketiak kita apabila Kak Min mendakwa beliau turut ditawarkan jawatan TKM 1 P.Pinang. Wah, hebat sungguh Kak Min ini sehingga PKR menawarkan beliau jawatan kedua tinggi di P.Pinang tersebut. Namun demikian, Kak Min sendiri berkata, beliau tidak percaya kepada tawaran-tawaran tersebut. Nasib baik Kak Min mudah tersedar siapa diri beliau untuk berada di sisi KM P.Pinang Lim Guan Eng.

Setelah beliau terhidu bahawa `drama' nya mudah dapat dibaca oleh PKR, maka sasarannya kini tertumpu kepada Pengerusi PKR P.Pinang Datuk Zahrain. Di dalam berita TV hari ini disiarkan amaran oleh Kak Min terhadap Datuk Zahrain bahawa beliau akan mendedahkan kisah di sebuah hotel di Jawi pada tahun 2007. "Masihkah kau ingat......" begitulah maksud Kak Min untuk mengingatkan Datuk Zahrain tentang peristiwa tersebut. Walaupun Kak Min cuba untuk memberi amaran kepada Datuk Zahrain agar mengingati peristiwa di hotel tersebut, jelas kita lihat Kak Min sendiri tidak ingat tarikh dan di mana peristiwa itu berlaku dan sering mendapat bantuan dari orang sebelahnya (mungkin suaminya) di dalam memberikan kenyataannya semasa disoal oleh wartawan. Sebelum ini pun kita lihat sendiri Kak Min memberi kenyataan kepada media dengan menggunakan teks yang telah disediakan. Ini bermakna Kak Min masih lemah di dalam ilmu tipu muslihat politik dan perlu lebih banyak menuntut dengan Raja Sesumpah.

Calon PKR yang bertanding di Dun Penanti adalah Dr Othman bukannya Datuk Zahrain. Kak Min mungkin terlupa pasal itu atau sengaja menggunakan taktik karat tersebut sepertimana yang pernah Raja Sesumpah lakukan. Di dalam PRK Parlimen K.Terengganu sebelum ini calon PR adalah PAS dan bukan PKR mahu pun DS Anwar, tetapi Raja Sesumpah setiap malam menjaja keburukan DS Anwar sehinggalah ke PRK Bukit Selambau. Seandainya Raja Sesumpah ini diberi peluang berkempen di Indonesia, India atau di Bangladesh tidak mustahil Raja sesumpah akan menyebut nama DS Anwar berkali-kali. Semakin kerap dan lantang disebut nama DS Anwar, semakin hebat dan kuat pula DS Anwar dan PKR. Akhirnya Raja Sesumpah termakan sumpah dan hilang dengan kotak-kotaknya. Kini, Kak Min ingin mencuba cara sedemikian untuk menonjolkan dirinya. Saya yakin, pengundi=pengundi di Dun Penanti akan memberi pelajaran berguna buat Kak Min sepertimana pelajaran yang telah diperolehi oleh Raja Sesumpah di dalam beberapa PRK baru-baru ini.

Tidak mustahil akan berlaku lagi upacara `sumpah' di bumi Permatang Pauh. Jika dahulu, Najib dan Raja Sesumpah bersumpah sewaktu pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh, kini rekod bakal tercipta bila mana seorang wanita akan bersumpah. Sumpahnya mungkin berkaitan dengan "masihkah kau ingat kejadian di hotel......" (kejadian apa di hotel? Adakah sama seperti kejadian yang berlaku kepada Chua Soi Lek? ) Wallahu Aklam. Apa pun yang pasti dan kita ingin ingatkan kepada wanita ini, jangan sehingga kamu tidak mendapat apa yang dihajati dan lebih malang lagi turut kehilangan kawan-kawan rapat kamu. Kalau saya yang menjadi kawan rapatnya yang makan di rumah beliau baru-baru ini, saya pasti akan `muntah'kan kembali makanan yang saya makan. Selepas PRK Dun Penanti ini, adakah lagi kawan-kawan yang berani berkawan dengan Kak Min ? Entahlah.

WFAUZDIN NS
wfauzdin.blogspot.com

7 ulasan:

serupamulo berkata...

Saya bertambah bingung sekarang tengok gelagat orang PKR dan UBN sekarang.Keluar PKR masuk UBN ,keluar UBN masuk PKR . Saolah olah depa ni puak yang sama . Tak puas hati dengan PKR masuk UBN . kalu tak puas dengan UBN masuk PKR.

PI MAI PI MAI TANG TU ........

ADAKAH ORANG UBN DAN PKR ADALAH KELOMPUK YANG SAMA SAPERTI MANA PERASUAH PERASUAH JUGA BERADA DALAM PKR SAPERTI UBN.

Sulaiman Mar'ee berkata...

Adil dan UBN berasal daripada kolompok yang sama. Adil sedar tenang keburukan UBN dan berjuang untuk memberhentikan kegilaan UBN namun perjuangan mereka tidak benar-benar berlandaskan Islam. Sebahagian daripada mereka hanya mengintai peluang seperti perjuangan UMNO dan konconya. Adil harus menghayati perjuangan PAS jika mahu parti itu terus mendapat sokongan rakyat.

Tanpa Nama berkata...

.......yang keluar dari pkr bagi mereka yang mesti terlibat dengan skandal tertentu. sebagai contoh si katak dua ekor kat perak tu, bila keluar pkr dan sokong bn depa punya kes rasuah pun boleh lepas macam tu saja nanti!

masuksuku berkata...

salam yb dan adjohn 1888.kita jangan bingung dengan keadaan tersebut sebab telah terbukti cuma sedikit sedikit..macam cakap p ramlee..yang berjuang untuk rakyat..yang lain cuma untuk perut.tang rasuah saya sokong cakap edjohn 1888..bila tak da masyuk..lompat terus..lepas tu burukkan orang..normal le tu.

BUJANG SUSAH berkata...

Namanya pun manusia.. manusia ni perangainya pelbagai2.. Bagi oer islam klau x mengamalkan islam tu secara keseluruhan akan jadi begitu laa.. xder pendirian. gelap mata bila nampak harta dunia.. semua gilakan jawatan kerana ada kepentingan.. x kira la parti mana pun dia duduk.. tp klau x ikut quran dan hadis habis hanyut kesemuanya..

Tanpa Nama berkata...

kak min layak digelar permaisuri raja sesumpah..
abaikan dia.biarkan dia terus menyalak..kpd penyokong pr mari kita buat kerja kita...pastikan ubn berkubur...

Tanpa Nama berkata...

PAS juga mengalami perkara yg sama ketika PAS belum muncul sperti sekarang. Akhirnya berkat kebijaksanaan pimpinan PAS dan tarbiyahnya, kini PAS semakin mantap. Dulu, Naib Presiden PAS ustaz Nakhaie pun keluar dari PAS bahkan Presidennya sendiri keluar iaitu Us Asri Muda. Itulah asam gatam dlm perjuangan. PKR harus belajar dr sekarang utk mengenali ahli-ahlinya terutama yg bakal ditonjolkan sbg pemimpin. DS Anwar kini sedang berusaha ke arah itu. Syabas PKR. Semoga berjaya.