Berikutan dengan satu berita berupa komen dari bekas Mufti Perlis Dr. Asri yang baru disiarkan oleh mStar sebentar tadi (komen beiau satu pastekan untuk tatapan pembaca), dengan ini saya mengesahkan tidak ada seorang pun dari orang Islam di Perak atau diluar Perak menyertai mogok lapar yang saya akui juga bercanggah dengan Islam seperti yang diutarakan oleh Dr. Asri.
Kami sejak awal memaklumkan bahawa umat islam dianjurkan berpuasa sunat bermula dari 1 Jamadal Akhir hingga 3 Jamadal Akhir pada hari khamis ini. Kedudukan puasa sunat itu telah saya terangkan dalam tulisan yang lepas walaupun cuba tidak difahami oleh sekumpulan orang yang sengaja untuk mempermainkan hukum puasa sunat yang sedia ada itu.
Kebiasaan berpuasa Ramadhan pada setiap tahun oleh umat Islam menyebabkan timbul satu kejangalan malah tindakan bodoh yang bercangah kepada Umat Islam bila mereka mengadakan mogok lapar.
Bagi rakan non-muslim yang menyertai mogok lapar mereka sebenarnya masih dianjurkan untuk minum setiap 6 jam untuk mengelak mudharat lebih besar kepada kesihatan. Tempoh 72 jam walaupun hanya minum setiap 6 jam saya kira cukup memeritkan dan satu pengorbanan dari sekolompok penyokong kami dalam Pakatan Rakyat yang mengharapkan DUN Perak dibubarkan.
Bagi yang bergama Islam, hari terakhir puasa sunat pada Khamis ini akan diadakan majlis berbuka di Pejabat Perhubungan PAS Perak di Medan Istana dan diikuti dengan program solat hajat dan sebagainya.
Berikut adalah petikan dari komen Dr. Asri yang saya maksudkan:-
Rabu Mei 27, 2009
Dr Mohd Asri: ‘Mogok lapar' ditolak oleh Islam
Oleh ZIEMAN
MOGOK lapar adalah sesuatu yang salah di sisi Islam, kata bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Beliau yang kini berada di Lampeter, United Kingdom melalui kiriman emelnya kepada mStar Online berkata, walaupun tindakan mogok lapar itu dikatakan untuk tujuan yang baik, ia tetap ditolak kerana dalam Islam, matlamat tidak menghalalkan cara.
Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan 'mogok lapar' yang diadakan oleh ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak selama 72 jam bermula semalam yang didakwa mereka bertujuan untuk menggesa Dewan Undangan Negeri dibubarkan dan hak mengundi dikembalikan kepada rakyat.
Mengulas lanjut mengenai hukum bagi seorang Muslim yang menyertai mogok lapar, Dr Mohd Asri berkata:
"Dalam Islam matlamat tidak menghalalkan cara (the ends do not justify the means). Apa sekalipun hasrat baik tidak boleh dihalalkan dengan cara yang tidak diterima oleh syariat. Mogok lapar adalah satu penyeksaan diri sendiri yang mempunyai ‘nilai ketidakcerdikan’ yang amat sangat.
"Memang, pada zaman Nabi ia pernah dibuat oleh ibubapa kuffar Quraish bagi membantah anak-anak mereka menganut Islam. Namun itu adalah kebodohan kaum Quraish.
"Para Nabi a.s. dan pengikut mereka telah menentang berbagai sistem dan kezaliman, tiada seorang pun di kalangan mereka yang melancarkan mogok lapar. Allah tidak pernah mensyariatkan hal itu sama sekali.
"Mungkin Gandhi pernah menjadi contoh dalam hal itu. Tetapi tidak para pejuang Islam. Jika ada pun seseorang berpuasa dengan cara yang diajar oleh Allah dan RasulNya. Bukan untuk membantah sesiapa, tetapi mendekatkan diri kepada Allah.
"Itupun dilarang ‘wisal’ dalam puasa, maksudnya berterusan tanpa buka setelah masuk waktu berbuka. Malanglah, jika umat Islam terpengaruh dengan pendekatan yang bukan Islamic, bukan memperkenalkan kematangan pemikiran Islam.
"Jika seseorang mati dalam mogok lapar, ia termasuk dalam hukum membunuh diri. Ini seperti dalam hadis al-Bukhari, dalam sebuah peperangan, ada seorang pejuang telah berjuang dengan hebat sehingga dia dipuji oleh para sahabat.
"Nabi memberitahu mereka dia ahli nereka. Mereka hairan. Namun apabila diperiksa didapati dia membunuh diri kerana tidak sabar atas kecederaan yang dialaminya. Dengan itu, bagi saya jika ‘pejuang mogok lapar’ mati dia termasuk dalam hadis ini.
"Orang politik mungkin menghalalkan apa sahaja untuk politik mereka, tetapi para pejuang prinsip hendaklah berpegang kepada prinsip tanpa mengira siapa pun,” katanya.

15 ulasan:
asri.....tak pa. selagi ada penambahan ilmu utk kita semua, kita ambik saja.
Salam YB...
Ada satu pendedahan sy nak buat...
Esok...28/5/2009 (Khamis)
Kerajaan BN Perak
telah mengesyorkan Pegawai2 Awam
dlm negeri ini utk sama2...berpuasa sunat
dan satu majlis berbuka puasa juga akan dibuat
di kediaman Zambree petang esok..
..emmm depa ni tk dak modal lain kaa
asyik dok tiru orang lain sajaaaa
lepas tu dok kata org lain buat tak betoi..
yang depa buat semua betoi...
Cuba tanya Tok Mufti Harussani & Tok Noh Gadut
pasal benda ni........kompemmmmm puji melangit
kalau selain BN yg buat tak betoi....ish ish ish
itulah kebodohan UMNO dan Bebal Nasional..kalau UMNO Bebal Nasional suma boleh kalau PR Tak Boleh..ONE DAY UMNO BE END....
itulah dia UMNO BEBAL NASIONAL..memang suma benda kalau PR Buat takleh tapi kalau UMNO BEBAL NASIONAL boleh..Rampasan kuasa di perak ITU LAH YANG SEBENARNYA MATLAMAT MENGHALALKAN CARA...itulah UMNO BE END
klu komen Dr Asri berkaitan dgn pembangkang seluas2 yg boleh di siarkan.... tapi klu kena batang hidung BNatang sendiri... selagi boleh hendak di sembunyikan
Kalau kita amati setiap komen dan ulasan disini menampakkan dua-dua puak PR dan BN sebenarnya BEBAL.
Menulis tanpa berfikir namun dipenuhi dengan cemuhan. Sikap jati orang Melayu.
Mampuihh...
Ikuti terjemahan fatwa beliau tersebut :
Ianya dipetik dari www.qaradawi.net :
Sebagai respon terhadap " Mogok Lapar" yang telah dilancarkan oleh Tahanan Palestin dalam Penjara Israel pada 15 Ogos 2004 maka Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradawi telah menyeru :
" “ Mereka adalah pejuang keadilan! Mogok (lapar) adalah hak mereka yang telah diiktiraf yang bertujuan untuk membongkar segala bentuk kezaliman dan kejahatan yang dilakukan ke atas mereka ! Oleh itu menjadi kewajipan ke atas setiap orang Islam untuk memberikan sokongan padu kepada mereka mengikut kemampuan masing-masing samada secara sokongan aman, demontrasi atau sokongan moral termasuklah secara mogok lapar ! atau menghantar telegram dan mengeluarkan kenyataan rasmi untuk merasakan dan menzahirkan bahawa kita adalah senantiasa bersama-sama dengan mereka ! …”
Minta Dr Asri ulas pula pasal fatwa Yusof Qardawi ini....mana satu ulama yang muktabar????
Non Muslim pun dah mula berkenalan dgn puasa...bagus ni...secara tak langsung
yang bebal hang la atas pagar botol oi..pasai hang yang tak paham langsung...
atas pagar botol tu sebenarnya adalah balaci dan pencacai UMNO BEBAL NASIONAL..hang tak paham ka atas pagar botol...hang duk dalam botol najis muhallazah ke?
tak payah heran dgn pandangan dr.asri ni,dari sblm jd mufti,sampai tak laku,dia sah sah umno...dia buleh naik pun sebab bodek syahidan,bila jatuh syahidan...tegolek sekali laa mamat sekoq ni...barua umno dari dulu lagi...dok peduli buat org mcm ni...adik beradik mufti perak jugak laa spesis umno!!!!
masa shahidan mb,kena taat kat pemerintah shahidan,umno pun tak pa,mai shahidan terpelantin haa ...ni ulama suu' tak bleh pakai dunia akhirat...
salah kan org nya tapi jgn salah kan puasa nya,,puasa nya hak die dan ALLAH,,,harap maklum,,
Semoga yang berpuasa sunat itu niatkanlah puasa itu kerana Allah...bukan untuk menunjuk-nunjuk atau apa sahaja.. "Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar".....
Atas pagar botol, satu jari menunding pada orang melayu, tiga jari menunding ka batang hidung anda.
Atas pagar botol... Bukan tiga jari menunding ke batang hidung anda. 20 jari untuk sorang... kalau 5 orang tak pi sampai 100 jari.. wakakahhh...
Catat Ulasan