28 Mei 2009

Ketua kampung di Perak saman kerajaan BN

IPOH, 27 Mei : - Ketua-ketua Kampung yang dilantik oleh Kerajaan Pakatan Rakyat seluruh Perak telah menfailkan saman ke atas Kerajaan Negeri Perak semalam di Mahkamah Tinggi Ipoh.

Saman tersebut telah dikemukakan oleh Mohd Ridzuan Asit yang mewakili kesemua Ketua Kampung seluruh Perak.

Semasa Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak mentadbir negeri ini seramai 817 orang ketua kampungg seluruh Perak telah dilantik setelah ketua kampung yang lama meletakkan jawatan.

Semua ketua kampung telahpun dilantik oleh Kerajaan Pakatan Rakyat pada 7 Ogos 2008 sehingga 31 Julai 2010.

Namun begitu apabila rampasan kuasa berlaku di negeri ini oleh Umno/BN perkhidmatan seluruh ketua kampung di negeri ini telah ditamatkan berkuatkuasa pada 16.4.2009 yang lalu.

Dalam saman yang dikemukakan oleh ketua-ketua kampung, mereka menuntut perintah bagi membatalkan tindakan kerajaan menamatkan perkhidmatan mereka,

Ketua-ketua kampung juga menuntut perintah mandamus yang mewajibkan kerajaan untuk melantik semula Ketua-ketua Kampung,

Mereka juga menuntut perintah deklarasi bahawa pemecatan atau penamatan perkhidmatan tersebut adalah batal dan tidak sah.

Dalam saman itu juga mereka menuntut perintah injunksi untuk melarang kerajaan dari melantik sesiapa yang lain sebagai Ketua Kampung.

Ketua-ketua kampung itu juga menuntut injunksi untuk melarang kerajaan dari membenarkan Dewan Orang Ramai dalam semua kampong dari digunakan oleh BN semata-mata.

Mereka juga menuntut ganti rugi punitif, keterlaluan dan teladan untuk dibayar kepada pemohon dan menuntut suatu siasatan dan taksiran ganti rugi kepada pemohon.

Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaludin Dato' Ngeh Ko Ham, Adun Lubuk Merrbau, Zainuddin Yusof dan Adun Pakatan Rakyat serta pimpinan Pakatan Rakyat yang lain turut hadir memberi sokongan moral dan semangat kepada ketua-ketua kampung. Harakahdaily

3 ulasan:

Unknown berkata...

ketua kampung aku buat derk aje...

Penoreh Getah sakit mata berkata...

hahaha pelik betul kat perak ni MB ada 2 , speker ada 2 heheheh, ni pulak biar ketua kampung ada 2 tak mustahil nanti sultan pun ada 2

Tanpa Nama berkata...

Kak chor, kak yong , yob, uda, alang ,busu semua setuju tok ketua buat gitu.

Wahai BN yang busuk hati, semoga Allah menunjukan kepada mu jalan yang benar. Jangan lah terus di buai ketamakan dan hasad dengki.

Zambry, buat masa ini engkau memerentah Perak, mohonlah kepada Allah untuk membersehkan hati mu.