28 Mei 2009

Nizar tolak Naib Presiden, Ahmad Awang tarik diri

http://kalamperantau.wordpress.com

Pesuruhjaya PAS Perak, Ahmad Awang menarik diri daripada mempertahankan jawatan naib presiden dalam pemilihan parti itu bulan depan termasuk menolak semua pencalonan untuk kerusi jawatankuasa PAS pusat dan jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Pusat kerana ingin menumpukan kepada usaha-usaha dakwah.

Seramai 16 orang dicalonkan bertanding jawatan naib presiden kali ini - bilangan yang tertinggi dalam sejarah pemilihan PAS. Sehingga pencalonan ditutup hanya lima orang sahaja bertanding Naib Presiden PAS setelah 11 lagi calon Naib Presiden telah menarik diri.

Calon favourite untuk mengisi kekosongan 3 kerusi Naib Presiden, Ir. Hj Mohamad Nizar Jamaluddin, bekas Menteri Besar Perak yang juga Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Perak telah menolak pencalonan tersebut dan hanya bertanding Ahli Jawatankuasa PAS Pusat sahaja untuk memberikan tumpuan kepada kes mahkamahnya berhubung dengan kesahihan Dr. Zamri Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak.

Selain Ir Nizar, turut bertanding sebagai ahli jawatankuasa kerja PAS Pusat dari Perak pada kali ini adalah Setiausaha Politik beliau, Misbahul Munir Masduki, Hj Asmuni Awi (Timbalan Pesuruhjaya 1) dan Drs. Khalil Idham Lim, Ketua Back Benchers (BBC) Pakatan Rakyat Perak serta Idris Ahmad, bekas Timbalan pesuruhjaya PAS Perak.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

baru betul pejuang Islam... kalu sanggup pikul amanah, ambik la jawatan tu.. kalu tak, awal2 tarik diri.... ni tidak.. ade sesetengah org tuh... dah terang2 rakyat kata takmau kat dia, dia tetap nak canang diri keliling kampung, keliling bandar.. tak cukup ngan tu, bawak pi mahkamah pasal nak jawatan tu sgt2...
kesian kat dia kan?.....

Tanpa Nama berkata...

Saya bangga menjadi ahli PAS seumur hidup!! Semoga PAS dan ahli-ahli dan perjuangannya dipelihara Allah. Amin.

Tanpa Nama berkata...

Teruskan perjuanganmu hingga ke titisan kemenangan... Kami sentiasa mendoakan kesejahteraan dan keselamatan insan yang bergelar pejuang...Hidup Nizar..Hidup Pakatan Rakyat..Hidup Ulama..

Tanpa Nama berkata...

inilah dikatakan merendah diri, tidak serupa dengan sesetengah pihak yang suka merebut kerusi naib presiden...

DoL berkata...

Jawatan (kedudukan) pada permulaannya penyesalan, pada pertengahannya kesengsaraan (kekesalan hati) dan pada akhirnya azab pada hari kiamat.