28 Mei 2009

MENJELANG MUKTAMAR: PAS ANJUR SAMBUTAN 25 TAHUN KEPIMPINAN ULAMAK DAN LANCAR DANA BINA KOMPLEKS 27 JUTA DI PUTRAJAYA

KALAM PERANTAU: OLEH MOHD SHUHAIMI AL-MANIRI

Tulisan saya, Kepimpinan Ulama dipertikai, PAS Terengganu mula berubah ? dalam Siasah Bil. 0148 (10-16 hb. Mei, 2009) telah mendapat reaksi oleh seorang blogger Zahid Yusof, mantan Setiausaha PAS Besut setalah artikel berkenaan dimasukkan ke dalam blog Cina Islam yang dikendalikan oleh seorang blogger Perakian, Drs Khalil Idham Lim, ADUN Titi Serong yang juga Ketua Backbencher ADUN Pakatan Rakyat Perak.

Saya tidak pasti kenapa blogger Cina Islam berminat dengan atikel berkenaan. Mungkin juga kerana beliau hadir menjadi tetamu khas pada Muktamar PAS kawasan Marang menggantikan Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin, Menteri Besar Perak yang sah pada 9hb. Mei, 2009 dan menyaksikan sendiri perubahan kepimpinan PAS Kawasan Marang daripada Ustaz Hj. Hassan Salleh yang berundur kepada Haji Yahaya Ali menyebabkan apa yang ditulis beberapa hari sebelum itu ternyata tidak meleset dan menjadi kenyataan.

Secara jujurnya saya belum berkesempatan membaca blog blogger berkenaan sebelum ini. Tetapi setelah diberitahu oleh Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berhubung dengan komen tersebut saya belum berkesempatan membacanya. Tetapi bila pengendali blog kalamperantau.wordpress.com yang memuatkan tulisan-tulisan saya dari saya memberitahu saya kena jawab makan terpaksalah saya mencari blog tersebut untuk mengetahui isi kandungannya.

Bila saya amat betul-betul tiada apa yang dipertikaikan, cuma mengatakan ianya meleset kerana hanya dua Yang Dipertua sahaja bertukar, iaitu Besut dan Marang. Saya tidak berhasrat untuk berdebat dan mengulas apa yang ditulis mantan Setiausaha PAS Besut berhubung dengan perubahan apa yang dimaksudkan dalam tulisan tersebut. Bagi yang belum membacanya boleh layari blog Kalam Perantau di alamat, http://kalamperantau.wordpress.com untuk mengetahui isi kandungannya.

Begitu juga dengan frasa kata kepimpinan ulamak dipertikai yang tidak difahami oleh blogger berkenaan juga tidak perlu dijelaskan kerana seorang pengunjung blog beliau, Mohd Ali Muda telah memberikan komen berikut;

“Salam, Ustaz tak faham tulisan suhaimi dalam kalam perantau, dia sebenarnya ada 2 benda yang berbeza...ustaz kena amati betul2. Ustaz jangan keliru mcm saya mula2 baca juga. Maaf”.

Pemilihan Kepimpinan PAS

Saya melihat minat dan perhatian media kepada pemilihan PAS kali ini meningkat. Malah bila membaca akhbar-akhbar harian dan tabloid tertentu lebih menyerlah ulasan mereka berhubung dengan pemilihan kepimpinan PAS berbanding dengan akhbar Harakah sendiri.

Malah kalau membaca blog-blog dan laman-laman web di alam maya, keadaan menjadi lebih parah dengan bermacam-macam cerita. Ada satu atau dua blog yang konsisten membincangkan kepincangan kepimpinan PAS . Setiap satu tindakan yang dilakukan oleh pimpinan PAS tertentu yang mungkin bukan dari kumpulan mereka dipertikaikan.
Pada saya jika blog ini dikendalikan oleh ahli PAS atau pimpinan PAS adalah amat tidak wajar kerana menmdedahkan kelemahan PAS kepada musuh secara terbuka yang tidak pernah dilakukan oleh parti-parti lain.

Ketelusan PAS dalam era pendemokrasian maklumat seperti ini yang membenarkan maklumat-maklumat sulit yang sepatutnya diketahui oleh ahli yang hadir mesyuarat berkenaan sahaja tidak sewajarnya disebarkan secara meluas melainkan ada agenda terancang untuk memusnahkan parti berkenaan dalam jangkamasa panjang.

Perkara ini berlaku mungkin disebabkan tiada Akta Rahsia Rasmi (OSA) didalam parti PAS menyebabkan semua maklumat boleh diklasifikasikan sebagai maklumat umum. Sayab tidak pasti ada klasifikasi maklumat ataubtidak dalam PAS. Tetapi apapun klasifikasinya, dalam era kecanggihan teknologi mkaklumat dan komunikasi (ICT) ini, maklumat berhubung dengan perbincangan berkenaan boleh berada dalam internet sebelum habis mesyuarat berkenaan kerana ramai yang mempunyai blackberry dan sebagainya.

Satu trend yang saya perhatikan sejak dahulu ada dua perkara yang menjadi budaya kepada parti PAS. Satunya terdapat kalangan pemimpin-pemimpin tertentu yang menulis secara bermusim tertutama menjelang pemilihan dengan berbagai isu dan topik sama ada dalam akhbar parti ataupun internet.

Kedua adalah melancarkan program-program atau projek menjelang muktamar . Dua program saya dijemputdan hadir adalah pelancaran dana bika kompleks PAS bernuilai RM 27 Juta di Putrajaya disebuah hotel terkemuka dan kedua sambutan Jublee Perak kepimpinan ulamak PAS.

Pada saya kedua-dua program ini adalah baik dan perlu diberikan perhatian. Saya cukup seronok dengan apa yang diperkatan oleh Presiden PAS, datuk Seri Hj. Abdul Hadi Awang bahawa PAS bebas politik wang.

Jika benar seperti yang disebutkan oleh Presiden PAS dalam petikan dari akhbar rasmi PAS, Harakah Bil. 1440 : 27-29 Mei, 2009 , “setelah mendengar taklimat dari Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat dan beberapa pimpinan PAS yang lain, setelah kita kumpul maklumat dari semua negeri-negeri yang telah bermesyuarat agung disemua peringkat, kita dapati tiada politik wang dalam PAS. Kita yakin PAS tidak akan dapat ditembusi dengan politik wang. Kita juga menafikan sekeras-kerasnya laporan media yang mengaitkan PAS dengan amalan rasuah dan politik wang”.

Mungkin sekarang PAS belum terpalik dengan politik wang kerana belum berkuasa memerintah negara. Kita lihat bagaimana wajah PAS selepas memerintah. Saya yakinj jika UMNO tidak memerintah, parti berkenaan juga tiada politik wang kerana pemimpin-pemimpin mereka tiada wang untuk dihamburkan kepada pengikut-pengikut mereka.

Tiada ulasan: