IPOH, 27 Mei : - Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPNP) melahirkan rasa sedih dan kesal di atas kenyataan Mutfi Negeri Perak, Dato' Seri Dr Harussani Zakaria, di dalam temubual beliau di dalam majalah Milenia Muslim (MM) keluaran Mei 2009 THN 7 Keluaran 82 yang cuba membangkitkan api perkauman di negeri ini.
Dalam temubual tersebut, Dato' Seri Mufti Perak jelas cuba membangkitkan api perkauman di antara kaum di Perak bahkan di Malaysia amnya. Rata-rata kenyataannya bersifat ?racist? dan tidak memikirkan perasaan rakan-rakan non-muslim.
Demikian dinyatakan oleh Setiausaha Dewan Pemuda PAS Perak, Dr. Rahja Ahmad Al-Hiss dalam kenyataan medianya semalam.
Pemuda PAS Negeri Perak katanya, mempertegaskan bahawa Perlembagaan Malaysia telah jelas menerangkan bahawa Islam adalah agama rasmi dan agama lain bebas untuk diamalkan, begitu juga hak kaum-kaum lain untuk hidup saksama di negara tercinta ini.
Sehubungan itu Pemuda PAS Perak kesal dengan tindak-tanduk Dato' Seri Mufti yang kelihatan selesa menjadi boneka dan talian hayat Umno Perak sering mengeluarkan kenyataan yang memihak Umno/BN.
"Sifat kepura-puraan Dato' Seri Mufti Perak sangat dangkal dan menyedihkan rakyat dan umat Islam Perak dan Malaysia amnya.
"Pemuda PAS Perak mencabar Dato' Seri Mufti Perak untuk meletakkan jawatannya dan secara 'gentlemen ilmu' bertanding di mana-mana kerusi pilihan raya di Perak mewakili Umno/BN jika benar-benar mahu melihat Islam tertegak di Perak.
"Hentikan kenyataan-kenyataan berlapik yang membela Umno/BN," tegasnya. Harakahdaily.

15 ulasan:
sedih saya membaca artikel ini. bukanlah pertama kali saya mendengarnya dari mulut Mufti Perak. pernah saya dengar khutbah jumaat yang penuh bersifat perkauman, seolah2 orang bukan muslim adalah pendatang. satu lagi contoh adalah website mykmu.net. salah siapa kalau org bukan muslim tak suka kepada orang melayu
Kasihan Mufti..dah ramai org bersuara ttg mufti Perak sekarang.
Kalau Mufti Perak berhati-hati dlm setiap kata, dah pasti org akan lebih menghormati beliau..
Kalau Mufti Perak bertanding atas tiket UMNO...ish...pelik la...
saya setuju pak mufti ni letak jawatan,bertanding sbg calon umno d manik urai,lepaih tu boleh join koh soh kon d jbtn perdana menteri...atau jadi calon bebas macam mina dolla d penanti..buat cd lagi ..
Tuan mufti negeri Perak lebih mengetahui siapa itu DAP.
Apa yang Tuan mufti sarankan itu memang tepat. Hanya PAS yang gila kuasa sahaja sudah jadi buta tuli.
mufti pon kenal UMNO, yg dulu dia haramkan JOM HEBOH tetapi tak ada pon org UMNO ambik peduli
sekarang ni mufti lebih percaya dengan UMNO
UMNOlah pejuang agama dan bangsa
kepada anonymous 5/26/2009 7:55
kalu nk buat tuduhan biar ada fakta n tulis nama..jgn takut kalu anda ada fakta..tp org umno mmg penakut stakat ckp jer lebih tp takut nk berdepan ngan rakyat..kalu xpuas hati bleh contacy sy ayie_100983@yahoo.com
PRU 13 nanti mufti tanding d kuala kurau menang bolih jadi MB selesai masalah...zambry bolih jadi mufti pulak..amacam????hidup kulaann....nasib baik teman ni jawa,kalu tidak malu giler...
Fatwa haram Jom Heboh dikira terbatal lah, sbb UMNO masih meneruskan program tersebut. Mufti Perak pulak pro melayu assobiyah.
tn mufti. jangan sembunyi fakta. rujuk al baqarah 159. jadilah khusnullqhaatimahh
Tak payah la nak mencari kesalahan atau memburukkan sesiapa apatah lagi mufti yang sepatutnya diletakkan ditingkat tersendiri mengatasi kamu semua politikusss baik umno maupun pas.. malulah dan jangan sombong... Bodoh laa
Ulama' usu'. Mufti pun ingin ikut jejak langkah Mashitah dan Firdaus kut...
MUFTI perak ni orangnya berilmu tinggi cuma mungkin beliau terikut ikut gaya pimpinan islam hadhari..ada had ada hari....mase gi ceramah bertudung..masa gi shopping buka aurat...massyaallah..takbir...UMNO BE END PILIHAN RAYA 13
UMNO dengan mufti perak sama saja 2X5, 5X2. UMNO jaga kroninya, mufti jaga UMNO. Sepatutnya mufti jaga agama, bukan jaga UMNO, tetapi UMNO beri kemudahan kepadanya bertaraf EXCO maka jadilah ia mufti umno. UMARA' YANG BAIK IAITU YANG SELALU MENDAMPINGI ULAMA' MANAKALA ULAMA YANG BAIK IAITU YANG MENJAUHKAN DIRI DARI UMARA'. LA NI APA DAH JADI? ULAMA' TERKIAL-KIAL MENYUSUP KEBAWAH KETIAK UMARA'. MARILAH KITA SAMA2 MUHASABAH DIRI. WALLAH HU'ALAM.
Assalamualaikum semua, janganlah mudah nak membuat pertuduhan ikut sedap mulut. Ingat-ingatlah sikit...
PRU 13 nanti mufti tanding d kuala kurau menang bolih jadi MB selesai masalah...zambry bolih jadi mufti pulak..amacam????hidup kulaann....nasib baik teman ni jawa,kalu tidak malu giler...
Woi woi apehal nak tanding kat kuala kurau lak. Aku taknak tengok gambar dia la. Wat malu orang kuala kurau je nanti. Suruh dia tanding kat siam la.
Catat Ulasan