KOTA BHARU, 27 Mei : - Setelah program Cakna Keluarga yang dianjurkan kerajaan negeri sejak lima tahun lalu mencapai sasarannya, kini ia diperluaskan pula dengan mengadakan program Cakna Saudara Baru.
Baru-baru ini seramai 170 peserta terdiri dari pelbagai bangsa menghadiri program tersebut di Perdana Resort yang diadakan selama dua hari.
Pengarah Urusetia Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO, Haji Abdul Aziz Yunus Aziz berkata, program tersebut julung kali diadakan itu bertujuan memberi pendedahan kepada saudara baru.
Katanya, program itu berjaya kerana mendapat sokongan beberapa badan bukan kerajaan antaranya Abim-Outrich, Institut Dakwah Islamiah Perkim. Persatuan Cina Muslim Malaysia, Persatuan India Muslim, Perkim dan pertubuhan Saudara Baru Antarabangsa.
Peserta terdiri daripada pelbagai bangsa antaranya India, Cina, Siam dan Inggeris.
"Mereka gembira di atas keprihatinan kerajaan negeri yang tidak meminggirkan saudara baru bagi mendapat pendedahan lebih luas tentang Islam," katanya ketika di temui di majlis penutup program tersebut.
Program dua hari itu diisikan dengan bacaan al-Quran oleh anak Orang Asli, ceramah agama, kuliah Maghrib dan ceramah oleh penasihat saudara baru dari Johor, Ustaz Omar Abdullah.
Pada malam pula diadakan qiamullai. Selain itu turut diadakan sukan pantai iaitu bolasepak, bowling padang, timbang bola takraw, tarik tali, cucuk manik dan merebut kerusi.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO, Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman berkata, kerajaan negeri sentiasa mengambil berat kehidupan saudara baru.
"Ini terbukti dengan pembinaaan sebuah masjid berimej budaya Cina di Rantau Panjang melambangkan Islam bukannya milik satu-satu kaum sahaja," katanya.
Menurutnya peranan yang amat besar ialah mengekalkan saudara baru dengan agama Islam dan mengelak mereka terjerumus dalam kancah maksiat dan melanggari hukum-hukum agama.
Katanya juga saudara baru boleh memainkan peranan sebagai pendakwah kepada saudara mara mereka yang belum Islam. - Harakahdaily

1 ulasan:
sangat bagus untuk meningkatkan jati diri di kalangan saudara baru(muslim)
Catat Ulasan