PUTRAJAYA: Kerajaan tidak akan membenarkan bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng kembali menetap di negara ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata kepulangan bekas pengganas itu hanya akan menimbulkan rasa tidak puas terutama sekali kepada pejuang negara dan ahli keluarga mereka yang terkorban angkara pemberontakan PKM dari tahun 1948 hingga 1981.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini ketika diminta mengulas saranan Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr Teng Hock Nan supaya kerajaan membenarkan Chin Peng pulang dari Thailand untuk menetap di Malaysia dengan alasan bekas pemimpin komunis itu bukan lagi merupakan ancaman terhadap keselamatan negara.
Kenyataan Teng itu mencetuskan kecaman hebat pelbagai pihak termasuk Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menyifatkan usaha membawa pulang Chin Peng sebagai satu tindakan yang akan menghiris perasaan seluruh anggota dan bekas anggota Angkatan Tentera Malaysia.
Mengenai Ketua Jemaah Islamiah Singapura, Mas Selamat Kastari, yang diberkas di Johor baru-baru ini, Najib berkata dia kini ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kamunting selama dua tahun bagi membolehkan kerajaan mengumpul lebih banyak maklumat yang diperlukan.
Katanya Mas Selamat merupakan ancaman terhadap keselamatan Malaysia dan Singapura, justeru penahanan itu merupakan sesuatu yang wajar dilakukan.
"(Penahanan) ini merupakan keputusan Malaysia namun saya pasti jika dia berada di Singapura, dia akan ditahan juga. Saya tak nampak mengapa Singapura hendak membebaskan Mas Selamat," katanya. Mstar.

5 ulasan:
Musa Ahmad pengerusi PKM dulu siapa yang bawa balik dari China. Bukankah Kera....jaan BN.
Yang Usul ni pon org BN jugak kan? so suruh dia letak jawatan, atau suruh je dia pegi duduk dengan Chin Peng tu! habis cerita. org dema yang usul , pas tu nak bising lak. angkat kain, nampak spender sendiri. buka pekong sendiri.
sapa yang nk bg dia balik????GERAKAN????GERAKAN kan Barisan nasional,Barisan Nasional geng sape?????MCA,MIC,UMNO,hehehehehe Patut Umno macam komunis rampas perak dari rakyat...
Bukan Shamsiah Fakeh dulu boleh balik jugak ke ? Apa kriteria yang dipakai oleh kerajaan B-End ?
dulu kerajaan bukan orang yang sama dan keadaan politik berbeza dengan sekarang . Rupanya ni lah keadaan penyokong pihak sebelah lagi satu , suka mengutuk dari berfikir . :(
Dan shamsiah fakeh tu boleh balik pada tahun 94 disebabkan dia telah pun memohon untuk balik.Berapa ramai pemimpin tertinggi PKM dapat kembali ke malaysia ?
-pemerhati-
Catat Ulasan