15 Jun 2011

6 maut selepas bertempur dengan pihak keselamatan Syria

13 Rejab 1432H. [MOD] -

DAMSYIK 15 Jun – Seramai enam penduduk terbunuh selepas bertempur dengan pasukan keselamatan sementara beberapa kereta kebal ditempatkan berhampiran sempadan Syria-Iraq.

“Enam penduduk maut dalam masa beberapa jam lalu di Ariha, timur bandar Jisr al-Shughur selepas bertempur dengan pasukan keselamatan dalam protes yang dilakukan di timur bandar Deir Ezzor,” kata seorang aktivis.

Sementara itu, pasukan keselamatan Syria meneruskan operasi mereka dengan menangkap penduduk kampung berhampiran Jisr al-Shughur. – AFP

Tiada ulasan: