15 Jun 2011

Diusir keluar pesawat kerana cakap lucah

13 Rejab 1432H. [MOD] -

NEW YORK: Seorang penulis buku kanak-kanak diusir keluar dari pesawat kerana menggunakan perkataan lucah ketika merungut mengenai kelewatan penerbangan yang dinaikinya.

Robert Sayegh, 37, berkata syarikat penerbangan Atlantic Southeast Airlines bertindak melampau apabila memanggil polis untuk mengusir beliau keluar dari pesawat itu yang berada di lapangan terbang Detroit Metro petang Ahad lalu.
“Perkataan F yang saya gunakan itu tidaklah baik digunakan tetapi saya hanya menggunakannya untuk melepaskan geram dan tidak ditujukan kepada sesiapa,” katanya semalam.

“Saya tidak rasa saya menengking ketika itu.”

Sayegh yang juga seorang penerbit rancangan televisyen berkata beliau sedang dalam perjalanan untuk menghadiri majlis perkahwinan saudaranya di Kansas City, Missouri. – Reuters

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

cakap siang pandang2....

nama aku din berkata...

di Malaysia buat dan edar video lucah adalah perkara yg sedang dipraktikkan, moga industri sex d Malaysia terus maju, hehehe..