2 Safar 1433H. [MOD] -
LUKUT – Hanya bermodalkan air liur, seorang lelaki bertindak licik apabila dipercayai menyamar sebagai pegawai sebuah syarikat ejen pelancongan yang beribu pejabat di Jalan Genting, Klang untuk memperdayakan orang ramai.
Sinar Harian difahamkan, lelaki berkenaan bersama beberapa rakannya membuka kaunter di sebuah pasaraya, di sini untuk menjual pakej pelancongan dengan harga murah.
Seorang mangsa, Chong Kok Keong, 26, berkata, dia mengalami kerugian sebanyak RM698 apabila membuat bayaran untuk menjadi ahli kelab yang ditawarkan oleh syarikat tersebut.
Menurutnya, mereka mengatakan apabila menyertai kelab berkenaan, ahlinya akan menerima diskaun dan pakej percutian menarik.
“Promosi pakej percutian kelab yang dibuat pada Jun 2011 berjaya menarik minat ramai pelanggan termasuklah saya kerana lokasinya di kawasan umum selain kepetahan ejen kelab ini berkata-kata,” katanya ketika ditemui selepas membuat aduan di Pusat Khidmat Masyarakat Adun Lukut, baru-baru ini.
Seorang lagi mangsa, Sim Siew Ling, 25, berkata, setelah membuat permohonan dan pengisian borang, dia diberikan kad keahlian yang membolehkannya melancong ke mana sahaja.
Bagaimanapun, katanya, mereka menetapkan syarat di mana jika mahu melancong, dia perlu memaklumkan dahulu kepada pihak syarikat.
“Saya menyedari pakej percutian ini adalah satu penipuan kerana cuba membuat penempahan untuk bercuti tetapi berasa amat kecewa kerana talian semua syarikat dan ejen percutian ini tidak dapat dihubungi lagi,” katanya yang juga melaburkan wang sebanyak RM698 untuk menjadi ahli kelab itu.
Sementara itu, Adun Lukut, Ean Yong Tin Sin berkata, pihaknya menerima tiga aduan berkenaan kes tersebut dan sudah melaporkan hal berkenaan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan serta membuat laporan polis.
Menurutnya, aduan itu akan disiasat secepat mungkin bagi mengelakkan syarikat percutian itu membuat penipuan promosi di tempat lain.
“Saya minta masyarakat di luar sana lebih berhati-hati untuk pergi melancong bersama agensi pelancongan dan hanya memilih yang berdaftar serta sah sahaja.
“Mana-mana individu atau pihak yang tertipu dengan kegiatan ini boleh tampil untuk membuat laporan,” katanya.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan