2 Safar 1433H. [MOD] -
PERAI – Seorang bekas pekerja kilang membuat tepung dekat Kawasan Perindustrian Perai di sini, mahu tindakan diambil Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terhadap bekas majikannya yang didakwa tidak menolak caruman selama tujuh bulan.
Dia yang mahu dikenali sebagai Ahmad, 44, berkata, perkara itu diketahuinya selepas memeriksa akaun KWSP, 21 November lalu.
Menurutnya, dia musykil kerana dalam slip pembayaran gaji ada dinyatakan pemotongan bagi caruman KWSP namun, apabila disemak perkara sebaliknya berlaku.
“Saya tidak pernah memeriksa akaun KWSP sejak lima tahun lalu dan tidak mengesyaki apa-apa, kerana selama berkhidmat 26 tahun bersama syarikat terbabit tidak pula timbul masalah sebegitu.
“Tetapi, baru-baru ini saya pergi untuk memeriksa baki akaun kerana sudah tidak lagi bekerja di sana selepas berhenti secara sukarela berkuat kuasa 29 September lalu.
“Apabila penyata dicetak, saya terkejut mendapati majikan tidak mencarum ke dalam akaun saya selama tujuh bulan,” katanya ketika hadir di pejabat Sinar Harian, dekat sini.
Dia berkata, mengikut penyata majikan didapati tidak mencarum bermula Februari 2011, diikuti Mac dan April. Tetapi, mencarum semula bagi Mei.
Masalah sama turut berlaku pada Jun, Julai, September dan Oktober dan hanya Ogos sahaja wang dicarumkan ke dalam akaun.
Dia bertindak pergi ke syarikat tempat di bekerja itu bagi mendapatkan penjelasan majikan, tetapi dihalang pengawal keselamatan bertugas dengan alasan dia sudah tidak lagi bekerja di syarikat itu.
Bagaimanapun, alasan majikan tidak mempunyai sumber kewangan mencukupi untuk membuat caruman, dipercayai punca masalah itu berlaku.
Dia turut difahamkan majikan akan mencarum, tetapi secara sedikit demi sedikit.
Dalam pada itu, Ahmad berkata, dia pernah menyuarakan masalah itu kepada pengurusan KWSP 23 September lalu bagi mendapatkan penjelasan mengenai masalah yang dihadapi, namun hingga kini masih belum mendapatkan sebarang jawapan.
Katanya, dia mahu KWSP menyiasat majikannya kerana perkara sama turut didakwa berlaku ke atas kira-kira 10 rakannya yang lain.
“Jika dihitung, hampir RM3,000 nilai caruman yang sepatutnya dicarum majikan ke dalam akaun. Saya mahu KWSP melakukan sesuatu agar saya dapat semula wang caruman itu,” katanya.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan