2 Safar 1433H. [MOD] -
KOTA BHARU – Seorang pegawai imigresen dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan menagih dadah, Jun lalu.
Pertuduhan terhadap Osman Che Harun, 30, dibuat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun jika sabit kesalahan.
Berdasarkan pertuduhan, Osman dari Kuarters Imigresen, Jalan Kuala Krai di sini, didakwa memberikan kepada dirinya sendiri dadah metamphetamine di Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu, pada jam 1.45 pagi, 8 Jun lalu.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Mohd Hafiz Abd Rahman.
Bagaimanapun, pada prosiding di hadapan Majistret Mohd Fazaly Ali Mohd Ghazaly, semalam, tertuduh mengaku tidak bersalah. Dia kemudian dibenarkan diikat jamin RM4,500 dengan seorang penjamin sementara menunggu sebutan semula kes pada 25 Januari depan.
Terdahulu, Mohd Hafiz menawarkan jaminan RM5,000, tetapi dirayu tertuduh supaya jaminan itu dikurangkan dengan alasan mempunyai tanggungan dua anak yang masih bersekolah dan isteri yang tidak bekerja.
Selain itu, Mohd Fazaly Ali turut mengingatkan tertuduh untuk memastikan kehadiran peguamnya pada tarikh 25 Januari tersebut.
“Mahkamah akan menetapkan perbicaraan pada tarikh itu. Jadi, pastikan kamu lantik peguam kerana sebarang penangguhan tidak dibenarkan serta kes kamu ini akan disegerakan,” katanya.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan