2 Safar 1433H. [MOD] -
BUKIT RAMBAI - Seorang penunggang motosikal terkejut apabila mendapati remaja yang maut akibat dihempap dahan pokok, di Jalan Ayer Salak, dekat sini semalam rupa-rupanya anak saudaranya sendiri.
Lim Kim Swee, 55, berkata, dalam kejadian kira-kira 10.45 pagi itu, dia hanya berada kurang 100 meter di belakang mangsa dan melihat sendiri dahan pokok berkenaan patah, lalu menghempap seorang penunggang motosikal sebelum mangsa terseret beberapa meter.
“Selepas kejadian itu, saya memberhentikan motosikal untuk membantu, namun mangsa sudah meninggal dunia. Sebaik saja saya dekati dan memeriksa MyKad mangsa, saya terkejut dia adalah anak saudara saya,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian, semalam.
Dalam kejadian itu, Tan Yong Wee, 21, seorang juruteknik pendingin hawa maut di tempat kejadian.
Mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC 135 dalam perjalanan dari rumahnya di Ayer Salak, di sini untuk berjumpa abangnya di Tanjung Minyak.
Kim Swee berkata, ketika kejadian, angin bertiup kencang dan dia dalam perjalanan menghantar sayur di beberapa pasar sekitar bandar ini.
“Saya memang tidak menyangka kejadian buruk ini menimpa saudara saya sendiri,” katanya.
Sementara itu, Pengawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Tangga Batu, N Raman berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus selepas menerima panggilan telefon pada 11.02 pagi.
“Dipercayai mangsa dihempap dahan pokok sebelum terseret disebabkan seluarnya tersangkut pada besi di bahagian belakang motosikal,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Kejadian itu juga menyebabkan Jalan Ayer Salak, di sini ditutup kepada lalu lintas sebelum mayat mangsa di bawa ke Hospital Melaka, selain dahan pokok berkenaan dialihkan.
Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klebang , Datuk Seet Har Cheow berkata, meminta Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) memantau keadaan pokok di bandar ini bagi mengelakkan kejadian sama berulang,
“Saya sudah minta MBMB untuk menjalankan siastaan berhubung perkara ini dan dipanjangkan kepada Kerajaan Negeri,” katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Pekan Kecil, Pemulihan Projek dan NGO Negeri.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan