22 Safar 1433H. [MOD] -
KUANTAN - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Beserah, Syed Mohammed Tuan Lonnik mengakui pengundi di kawasan Beserah tegar memilih Pas, namun beliau lebih rela mengundur diri kerana tidak sanggup memegang amanah sebagai wakil rakyat atas faktor usia.
Syed Mohammed juga mahu calon muda yang bersemangat untuk memastikan Beserah terus kekal menjadi milik Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.
“Saya lega jika tidak tercalon pada pilihan raya akan datang kerana dalam usia sekarang, saya sudah tidak mampu untuk bergerak aktif.
“Saya tidak mahu kerana mengejar jawatan, saya gagal menyempurnakan amanah yang dipertanggungjawabkan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, kelmarin.
Syed Mohammed berkata, walaupun Pas tidak memberikan kemudahan istimewa kepada penduduk, tetapi mereka tetap setia kerana kesedaran mengenai ketidaktelusan sesetengah pemimpin Barisan Nasional yang didakwa mementingkan kroni.
“Masyarakat sekarang tidak seperti dahulu yang hanya mengikut telunjuk pemimpin tanpa sebarang bantahan.
“Mereka sudah pandai berfikir dan membuat pilihan siapa yang lebih layak menjadi pemimpin mereka,” katanya.
Beliau turut menafikan Beserah tidak maju kerana berada di bawah pimpinan pembangkang kerana katanya, sepanjang menjadi wakil rakyat, banyak peniaga berminat untuk melabur di situ.
“Saya akui walaupun tidak dapat memberi bantuan semewah pihak kerajaan, namun kita tidak pernah melupakan golongan kurang berkemampuan.
“Kita akan membantu selagi termampu dan tiada istilah pilih bulu dalam menyalurkan bantuan,” katanya.
Menurutnya, dalam hal itu, bukan parti yang menjadi ukuran sebaliknya siapa pemimpinnya.
“Tidak kira siapa yang akan terpilih untuk menjadi wakil rakyat di kawasan ini pada PRU13 akan datang, jangan sesekali mempolitikkan kedudukan.
“Pikul amanah yang diberi sebaiknya dan tunjukkan komitmen kepada masyarakat seikhlasnya,” katanya.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan