22 Safar 1433H. [MOD] -
PADANG KERBAU – Kira-kira hampir 500 petani dari lebih 10 kampung di bawah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kubur Panjang dekat sini menggesa kerajaan menjalankan kajian terhadap dua jenis benih padi dibekalkan kepada mereka.
Jabatan terbabit digesa menjalankan kajian segera terhadap benih padi jenis MR219 dan MR220, apabila rata-rata petani di kawasan itu mendakwa tidak memperoleh hasil sepatutnya dan ramai terpaksa menanggung kerugian tinggi.
Antara kampung di bawah PPK Kubur Panjang terlibat dengan masalah itu ialah Kampung Tok Dam, Nam Dam, Kayu Tiga, Sungai Korak, Belat, Bendang Bukit, Kampung Ga, Bendang Petani, Bendang Raja, Kampung China dan beberapa lagi kampung sekitarnya.
Petani, Zamri Saad, 40, dari Kampung Tok Dam di sini berkata, terpaksa menanggung kerugian apabila dua hektar sawah padi yang diusahakannya tidak mempe-roleh hasil setelah menggunakan benih padi yang diluluskan kerajaan.
“Saya menggunakan benih padi jenis MR219, namun terkejut apabila 20 hari tiba masa menuai didapati keadaan padi tidak mempunyai isi dan menghasilkan padi ‘hampas’, namun saya tidak mampu berbuat apa-apa.
“Hasil padi merosot hampir 80 peratus apabila dahulunya saya memperoleh hasil lebih sembilan tan, tetapi kini ia merosot kepada dua tan sahaja. Saya mengalami masalah untuk menjelaskan kos membaja, membajak, menuai dan sebagainya yang jumlahnya agak tinggi, namun saya terpaksa menggunakan pendapatan sampingan lain untuk menjelaskan semua kos itu,” katanya kepada Sinar Harian.
Sementara itu, seorang lagi petani, Hamdan Ahmad, 50, berkata, hasil padinya turut mengalami kemerosotan tinggi setelah menggunakan benih padi jenis terbabit, sedangkan kos mengusahakan sawah semakin tinggi pada masa ini.
Hamdan berkata, masalah ini berlaku sejak tiga tahun yang lalu, namun keadaan kemerosotan semakin serius pada musim pertama tahun ini dan berharap kajian dapat dijalankan oleh pihak berkenaan terhadap jenis benih padi terbabit.
Selain itu, Ahmad Lebai Salleh, 58, dari Kampung Sungai Korok berkata, padinya belum lagi dituai, namun dia bimbang hasilnya merosot jika mengikut pemerhatiannya terhadap padinya yang rosak teruk.
Ahmad berkata, ramai timbul tanda tanya mengenai segelintir petani yang menggunakan benih padi jenis lain yang didapati di kedai-kedai dalam pasaran dengan memperoleh hasil yang tinggi, namun ramai juga petani tidak berani menggunakan benih padi jenis lain kerana tidak mendapat kelulusan kerajaan.
“Kajian perlu dijalankan segera oleh pihak berkenaan dan mendengar sendiri masalah benih padi yang dialami petani, sama ada masalah kemerosotan itu berpunca daripada faktor benih atau faktor lain,” katanya.
Sinar Harian

1 ulasan:
Padi merupakan sumber makanan utama negara. Saya berharap ada ahli parlimen PR mengambil berat isu ini. Saya juga ingin tahu apakah dasar PR untuk sektor pertanian dan penternakan negara.
Perlu ditubuhkan Kementerian Padi Dan Beras Negara untuk menjamin bekalan sumber makanan asas dan nasib para petani.
Catat Ulasan