9 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -
SUNGAI BULOH - Polis menahan dua lelaki masing-masing di Pulau Pinang dan Ipoh, Perak semalam bagi membantu siasatan penyebaran berita palsu melalui sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mengatakan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Ismail Omar meninggal dunia dalam rangka lawatan kerja di London.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, dua lelaki itu dibebaskan selepas dirakam percakapan.
"Kita rampas telefon bimbit milik mereka yang berumur lingkungan 30-an. Selepas berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan, kita melepaskan mereka, semalam," katanya pada sidang media selepas Majlis Penganugerahan Pemandu Berhemah Sempena Ops Sikap ke 25 di Hentian Rehat dan Rawat (RnR) Restoran Jejantas, Sungai Buloh, hari ini.
Beliau berkata, polis kini sedang memburu individu pertama yang memulakan penyebaran SMS tersebut.
"Jangan anggap ini sebagai gurauan. Jika mahu bergurau biarlah bertempat. Ini merupakan satu bentuk fitnah dan membuat berita paslu. Kita akan ambil tindakan sepatutnya bagi memberi kesedaran kepada masyarakat," katanya.
Kelmarin, Sinar Harian melaporkan, anak KPN, Muhammad Amsyari, 30, menafikan berita kematian ayahnya sambil menyelar perbuatan individu tidak bertanggungjawab tersebut.
Pusat Media Bukit Aman melalui kenyataan medianya juga menafikan SMS palsu yang mula disebarkan pada awal pagi, Isnin lalu.
Dalam pada itu, Khalid berkata, polis turut melakukan pemantauan terhadap media sosial bagi memastikan gejala menyebarkan berita fitnah dan ugutan tidak berlaku.
"Polis pandang berat penyalahgunaan media sosial yang sering membuat fitnah, tipu dan ugutan. Kita juga akan pantau komen yang memaki hamun orang," katanya.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan