9 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -
SHAH ALAM - “Yeya rindu mama, rasa lain mama tidak ada di sisi, Yeya harap dapat jumpa mama.” Itulah khidmat pesanan ringkas (SMS) terakhir diterima seorang ibu sejak anaknya, Wan Atira Aina Wan Jasmeen atau lebih dikenali Yeya, 18, sehari sebelum dia didapati hilang pada awal Disember lalu.
Ruslina Lazim, 49, berkata, dia menyedari anaknya itu menghilangkan diri setelah didapati tidak pulang ke rumah selepas keluar dari sebuah kolej di Ipoh, Perak.
“Saya tidak tahu punca mengapa Yeya melarikan diri, sehingga kini saya gagal menghubunginya kerana talian telefon sudah ditamatkan dan laman sosial Facebooknya juga tidak aktif,” katanya.
Menceritakan semula detik kehilangan anak keduanya, Yeya tinggal bersama ibu saudara di Ipoh.
“Tanpa pengetahuan ibu saudara, Yeya keluar membawa beg pakaian. Bimbang keselamatan dia, suami saya, Wan Jasmeen Wan Ali, 50, kemudian bertindak membuat laporan di Balai Polis Sungai Senam, Ipoh, Perak pada 7 Disember lalu,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, sebelum ini Yeya pernah menghilangkan diri kira-kira jam 4.45 petang pada 31 Julai lalu.
“Mangsa telah keluar dari rumah tanpa pengetahuan ahli keluarga, ibu mangsa telah membuat laporan polis pada keesokan hari, mangsa pulang ke rumah beberapa hari kemudian, dipercayai dia mengikut seorang lelaki.
“Sesiapa yang mengenali atau ternampak Wan Atira Aina boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Sarjan Zainal Hassan atau IPD Shah Alam di talian 03-55202222 sambungan 2164,” katanya.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan