9 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -
MALIM - Seorang warga emas yang bersantai bersama isteri di kerusi kayu sebelah rumahnya di Kampung Padang, Pokok Mangga, di sini, ‘terganggu’ dengan kehadiran sepasukan polis yang membuat serbuan dadah.
Serbuan kira-kira jam 11.15 pagi oleh polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri itu menjumpai empat paket plastik mengandungi dadah disyaki ganja pada poket baju dan seluar lelaki berusia 60 tahun itu.
Hasil desakan, membawa kepada penemuan dua plastik mengandungi 21 paket ganja dan beberapa ketulan mampat dadah sama di dua lokasi berasingan di luar kawasan rumah suspek yang pernah bekerja sebagai pemandu bas ekspres.
Ketua JSJN negeri, Superintendan Md Azmi Othman berkata, suspek mengambil sendiri dua plastik, dengan masing-masing, satu disorok bersama pakaian lama dan satu lagi digantung di laman rumah sebelum diserahkan kepada polis.
Menurutnya, bantuan dua anggota daripada Unit Anjing Pengesan (K-9) juga digunakan bagi mengesan dadah.
“Suspek dipercayai mengedar dadah sejak tujuh bulan lalu.
“Siasatan awal mendapati, dadah seberat hampir 300 gram itu dibeli dengan harga RM1,500 sebelum dijual dalam bentuk paket kecil. Bagaimanapun siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengetahui sumber bekalan dadah berkenaan diperoleh,” katanya.
Menurutnya, pasukannya yang hanya mahu membuat tangkapan terhadap suspek pada awalnya juga telah menahan anak lelakinya yang memiliki sepaket tiub heroin dan dipercayai menghisap dadah.
“Kami turut menemui sepaket dadah disyaki heroin dan lapan botol 40 milimeter mengandungi cecair dipercayai metadon dalam bilik tidur anaknya yang berusia 29 tahun dan telah berumah tangga serta bekerja sebagai buruk kontrak.
“Kedua-duanya ditahan dan dibawa ke Balai Polis Banda Hilir untuk siasatan lanjut,” katanya.
Md Azmi berkata, ujian saringan awal mendapati warga emas terbabit positif ganja dan anak lelakinya pula positif methampethamine serta heroin.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan