9 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -
GEORGETOWN - Seorang lelaki warga Iran diperintah membela diri terhadap pertuduhan mengedar 2.03 kilogram methamphetamin di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas (LTABL), tahun lalu oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam.
Hakim Datuk Zamani Abd Rahim membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan pihak pendakwaan yang membuktikan kes prima facie terhadap Akbar Jafarishorestani Mohammad, 31, di peringkat akhir kes pendakwaan.
Beliau menetapkan 20 Mac dan 21 Mac ini sebagai tarikh tertuduh membela diri. Difahamkan, Akbar Jafarishorestani akan memberikan keterangan secara bersumpah dari kandang saksi ketika bela diri.
Dalam penghakimannya, Zamani berkata, selepas mendengar keterangan saksi mahkamah memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan tertuduh mempunyai pemilikan dan kawalan ke atas dadah itu.
“Mahkamah percaya bahawa tertuduh mempunyai pengetahuan terhadap dadah yang berada di ruang sulit bagasi itu kerana taktik dadah itu disorokkan adalah secara profesional. Malah, jumlah yang dibawa jelas menunjukkan ia bukan untuk kegunaan sendiri,” katanya.
Akbar Jafarishorestani merupakan seorang peniaga didakwa mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan