9 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -
JALAN PERAK – Rela disaman setiap hari, demikian pengakuan seorang peniaga barangan kosmetik di Pasar Jelutong.
Peniaga berkenaan, antara puluhan peniaga yang menjalankan perniagaan tanpa lesen yang diluluskan oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).
Dia yang enggan namanya disiarkan berkata, perniagaan adalah sumber pendapatan utamanya bersama keluarga.
“Kalau saya tidak berniaga pasti tidak ada duit untuk sara keluarga, tambahan lagi perniagaan yang saya jalankan ini adalah perniagaan turun temurun.
“Cuma kami juga berharap suatu hari nanti mungkin MPPP dapat memberi idea bagaimana masalah kami ini boleh diselesaikan.
“Sepanjang lebih 10 tahun berniaga, ini sudah ke berapa puluh kali saya disaman, lesen saya tidak dapat diluluskan kerana saya menjalankan perniagaan di tepi jalan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.
Tinjauan mendapati peniaga yang tidak berlesen ini disaman kerana menjalankan perniagaan di bahagian tepi jalanraya.
Peniaga barangan kulit, yang hanya mahu dikenali sebagai Mat berkata, dia terpaksa merelakan MPPP menyamannya kerana tidak mempunyai lesen.
“Saya berniaga di merata tempat, tetapi walaupun tidak ada lesen saya tetap hormati jalan awam mahupun tempat yang tidak dibenarkan berniaga.
“Cuma saya berharap supaya tahun ini ada rezeki untuk saya dan kawan-kawan lain dapat lesen,” katanya.
Sementara itu Pengerusi Gantian Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Ong Ah Teong berkata, pihaknya sedang memikirkan jalan terbaik bagi membolehkan peniaga-peniaga tidak berlesen itu mendapat lesen dari MPPP.
Menurutnya, dia juga sedang dalam rangka perbincangan bersama dengan Ahli Dewan Undangan Negara (Adun) kawasan serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) mengenai masalah penjaja tidak berlesen.
“Masalah ini bukan berlaku dalam dua tiga tahun ini, sebaliknya ia adalah isu lama yang sudah lama berlarutan.
“Kemungkinan besar kami akan memikirkan sesuatu untuk menempatkan mereka di tempat yang bersesuaian atau sebagainya,” katanya.
Peniaga yang tidak berlesen ini akan dikenakan kompaun oleh MPPP sebanyak RM50 dan mana-mana peniaga yang membuat bayaran dalam tempoh 14 hari akan mendapat diskaun sebanyak 50 peratus.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan