02 Februari 2012

Firma Gas Rusia Gazprom Catat Untung AS$31 Bilion

9 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

MOSCOW: Firma gas gergasi Rusia - Gazprom mengumumkan pada Rabu keuntungan bersih berjumlah AS$31.05 bilion untuk tempoh sembilan bulan pertama 2011.

Kata firma itu, penjualan telah mencatatkan peningkatan sebanyak 32 peratus dari Januari hingga September tahun lalu.

Kebanyakan negara pelanggan firma gas itu adalah dari kalangan negara-negara bekas Kesatuan Soviet yang mana mereka telah menjual gas sebanyak 62.5 bilion meter kubik atau 33 peratus lebih dari tahun sebelumnya.

Keseluruhannya dalam tempoh sembilan bulan tahun lalu, Gazprom telah berjaya menjual 371.8 bilion meter kubik gas atau 7.8 peratus lebih dalam tempoh yang sama pada tahun sebelumnya.

Gazprom menjangkakan mampu melonjakkan jualan dan membuat pertambahan keuntungan sehingga 25 peratus lagi yang juga bersamaan dengan AS$40 bilion.

Sekiranya mereka berjaya mencapai angka tersebut, ia merupakan satu rekod keuntungan sepanjang masa.

mstar/-

Tiada ulasan: