9 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -
KUANTAN - Seorang warga emas terpaksa melalui sisa kehidupan dengan terlantar di atas tilam selepas mengalami lumpuh separuh badan sejak tiga bulan lalu.
Limah Deraman, 84, dijaga oleh anak ketiganya yang juga seorang ibu tunggal, Zaimah Ibrahim, 41 di rumahnya di Kampung Chendor, di sini.
Zaimah berkata, keadaan ibunya yang lumpuh badan di bahagian kanan tidak mampu menguruskan diri sendiri dan memerlukan perhatian sepenuhnya.
“Dia diserang strok secara tiba-tiba selepas membuat pemeriksaan darah tinggi malah badannya menggigil dan kebiruan.
“Malah dalam tempoh tiga bulan, dia hanya terlantar di dalam bilik kerana saya tidak larat untuk membawanya keluar dari bilik.
“Pada permulaan, dia tidak boleh bercakap tetapi sekarang saya boleh faham sedikit walaupun kurang jelas,” katanya ketika ditemui pada Program Penyampaian Kerusi Roda oleh Badan Kebajikan dan Kemanusiaan Beserah dan Sungai Karang (Bakkis) di rumahnya di Kampung Chendor.
Hadir menyampaikan sudi sumbangan, Yang Dipertua Bakkis, Wan Azlan Wan Salleh.
Zaimah berkata, sejak ibunya jatuh sakit, dia tidak dapat bekerja seperti biasa iaitu menjadi pembantu gerai makan di Balok.
Katanya, dia yang juga ibu kepada empat cahaya mata terpaksa berjimat-cermat untuk memastikan perbelanjaan mencukupi.
“Adik-beradik yang lain ada yang membantu namun sampai bila mahu bergantung kepada bantuan mereka,” katanya.
Zaimah berkata, dia kini sedang menunggu jawapan permohonan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk ibunya.
“Sekurang-kurangnya jika dapat bantuan JKM, dapat meringankan perbelanjaan bulanan terutama untuk membeli lampin pakai buang dan susu.
“Malah baucar Bantuan Rakyat 1Malaysia RM500 masih tidak dapat ditunaikan kerana ibu tidak dapat hadir pada majlis tersebut,” katanya.
Sementara itu, Wan Azlan berkata, pihaknya akan membantu warga emas tersebut kerana memahami kesulitan mereka.
“Saya harap JKM mempercepatkan kelulusan permohonan Makcik Limah supaya meringankan penderitaan keluarga mereka,” katanya.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan