9 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -
MACHANG - Seorang jurupam, Azizah Saad kerugian lebih RM100, dalam kejadian curi di Stesen Minyak Caltex kira-kira jam 3 petang, di sini, kelmarin.
Azizah yang baru memulakan tugas dikatakan meletakkan beg tangannya di dalam laci berdekatan pam minyak sebelum dilarikan seorang lelaki yang menggunakan kereta Proton Waja.
Rakan Azizah, Siti Saudah Ishak, 27, berkata, lelaki tersebut memberhentikan kereta berdekatan pam minyak sebelum bertindak menarik laci dan mengambil beg tangan Azizah.
Katanya, kejadian tersebut berlaku dengan pantas menyebabkan dia dan rakan-rakan tidak sempat menolong walaupun berlaku adegan rebut merebut antara suspek dan salah seorang pekerja yang lain.
“Pada mulanya saya menyangka kawan saya bergaduh dengan pelanggan memandangkan keadaan agak kelam kabut ketika itu. Mujur tiada sesiapa yang cedera pada kejadian tersebut. Kejadian seumpama ini tidak pernah berlaku sebelum ini sejak hampir enam tahun saya bekerja di sini.
“Kemungkinan pencuri itu menyangka kami menyimpan duit hasil jualan di dalam laci tersebut menyebabkan dia meluru terus ke laci itu selepas memberhentikan kereta,’’ katanya sambil memberitahu Azizah ke balai polis bagi membuat laporan berkaitan kejadian tersebut.
Pemilik stesen minyak tersebut, Rohaida Saad berkata, ketika kejadian dia berada dalam pejabat dan tidak sempat berbuat apa-apa.
“Mujur wang hasil jualan sudah disimpan jurupam memandangkan mereka baru habis waktu bekerja dan pekerja giliran petang pula baru memulakan tugas. Syukur tiada yang cedera.
“Kejadian berlaku terlalu pantas dan perniagaan diteruskan seperti biasa selepas kejadian itu,’’ katanya.
Sinar Harian difahamkan kereta Waja yang dinaiki dua lelaki itu berhenti berdekatan stesen minyak tersebut kira-kira 10 minit sebelum meluru ke pam minyak dan membuka laci yang terletak berdekatan.
Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Che Malek Bedot ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan