23 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -
PENGENDALI Johor FC, K Devan memberi peringatan kepada anak buahnya lebih berwaspada dengan corak permainan T-Team supaya tidak diaibkan di laman sendiri, Stadium Pasir Gudang, esok.
Mengakui prestasi T-Team semakin cemerlang, beliau menuntut anak buahnya fokus untuk memastikan kutipan tiga mata pertama, mampu dicapai dalam pusingan pertama Liga Super 2012.
“Saya harap dengan kejayaan layak ke saingan suku akhir Piala FA, mampu membangkitkan semangat pemain dan berharap momentum itu dibawa dalam perlawanan esok,” katanya yang mahu perlawanan menentang pasukan kendalian Yunus Alif itu dijadikan sebagai medan merubah kedudukan pasukan ketika ini semakin tenggelam ke dasar liga.
Lantaran itu, kembalinya beberapa tonggak utama yang cedera sebelum ini, Ismail Suboh, Mohd Zambri Chin dan Shahrizal Saad sedikit sebanyak melegakan pengendali Sang Lebah ini.
“Mereka sudah pulih dan giat menjalani latihan. Saya mungkin melakukan rombakan dan terpulang kepada pemain untuk membuktikan keupayaan supaya disenaraikan dalam kesebelasan utama,” katanya.
Sinar Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan