5 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -
SHAH ALAM – Nur Suhaila Tukijan, 15, remaja menghadapi masalah Congenital Disorder iaitu mempunyai dua rahim, akan pulang ke tanah air hari ini, selepas berjaya dibedah di Hospital Universiti Sharjah, Dubai 21 Mac lalu.
Berita gembira itu, disampaikan ibunya, Hanita Mohd Tahir selepas dimaklumkan doktor di Dubai mengenai perkembangan kesihatan Nur Suhaila yang pulih sepenuhnya.
Mengikut jadual, Hanita dan Nur Suhaila akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai, jam 10 pagi waktu tempatan dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 7.30 malam (waktu Malaysia), hari ini.
Hanita berkata, hasil pemeriksaan Isnin lalu, menunjukkan keadaan Nur Suhaila pulih dan dibenarkan pulang.
Menurut ibunya, remaja itu bagaimanapun, perlu menjalani rawatan susulan enam bulan sekali di hospital pakar tempatan.
“Selepas ini, dia tidak perlu lagi mengambil pil perancang dan kembali normal seperti wanita lain. Alhamdulillah, syukur kepada ALLAH, ” katanya.
Hanita turut menyuarakan rasa terharu atas layanan baik pihak hospital sepanjang anaknya dirawat.
“Nur Suhaila juga sudah kembali bersemangat teruskan kehidupannya dan kami juga tidak sabar untuk pulang berjumpa ahli keluarga di Malaysia.
“Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Sinar Harian dan rakyat Malaysia di Dubai serta petugas hospital yang banyak membantu kami sepanjang berada di sini,” katanya.
Kisah Nur Suhaila dilaporkan Sinar Harian sejak 22 Februari lalu apabila dia memerlukan kos RM60,000 untuk menjalani pembedahan mengatasi masalahnya di Dubai.
Nur Suhaila, mempunyai dua rahim dan salah satunya tidak berfungsi.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan