5 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -
KLEBANG - Empat rumah teres dan sebuah surau rosak dalam kejadian ribut yang berlaku lewat petang kelmarin, di kawasan perumahan Taman Bertam Perdana, Pulau Gadong, di sini.
Kebanyakan bahagian rumah yang terjejas dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu adalah bumbung, setelah diterbangkan angin dipercayai puting beliung.
Seorang mangsa, Amidah Ali, 37, berkata, ketika kejadian ribut berserta hujan lebat itu, dia baru sahaja keluar ke kedai bersama anak lelaki berusia 12 tahun ke kedai berhampiran rumahnya di Jalan BP 2.
Menurutnya, tidak lama kemudian, suaminya, Norazmi Mahat, 38, menghubunginya dan meminta dia pulang ke rumah segera selepas jiran memaklumkan kejadian ribut itu.
“Bagaimanapun, saya tidak dapat balik ke rumah disebabkan ketika itu hujan masih lebat dan angin pula bertiup kencang.
“Semasa di kedai, saya lihat angin seakan puting beliung berpusing dari bahagian tepi yang turut menerbangkan kerusi kedai makan di situ,” katanya.
Amidah berkata, sebaik sahaja hujan reda, dia segera pulang dan terkejut mendapati bumbung depan rumah diterbangkan ribut.
Sementara itu, Norazmi berkata, dia bergegas pulang ke rumah dari tempat kerja di Ayer Keroh dengan menunggang motosikal walaupun terpaksa meredah hujan lebat selepas menerima panggilan isterinya memaklumkan keadaan sebenar.
“Saya ingat kerosakan sedikit sahaja kerana sebelum ini tak pernah berlaku kejadian seumpama ini.
“Saya bersyukur isteri dan anak tiada di rumah ketika kejadian,” katanya.
Seorang lagi mangsa, Mohd Yunus Abd Rahman, 40, berkata, dia dan isteri, Norsyzury Mohamad, 30, bersama tiga anak mereka berusia 5 hingga 9 tahun berada di ruang tamu apabila dikejutkan bunyi kuat dari bahagian bumbung.
Menurutnya, ketika itu, bekalan elektrik terputus serta-merta.
“Saya kemudian ternampak serpihan zink ‘awning’ rumah jiran yang diterbangkan ribut jatuh di depan rumah.
“Disebabkan bumbung rumah rosak akibat dipukul ribut, air hujan melimpah masuk menerusi siling sehingga menyebabkan kami terpaksa menadahnya dengan baldi,” katanya.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan