28 Mac 2012

Pelanggan kesal pegawai BSN yang banyak 'songeh'

5 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 28 Mac: Tertekan dengan karenah pegawai Bank Simpanan Nasional (BSN) yang banyak 'songeh' lagi menyusahkan, salah seorang pelanggan bank itu akhirnya terpanggil untuk mengadu dengan Harakahdaily.

Dalam surat yang diemelkan kepada Harakahdaily, pelanggan BSN yang dikenali sebagai Nadia Natrah Sabli menceritakan bagaimana beliau dipermainkan dan diperlekehkan oleh pegawai bank di bahagian Kawalan Kredit BSN.


Selain Harakahdaily, dia juga mengadu kepada media lain di samping pihak-pihak yang dirasakan beliau dapat membantu.

Nadia, 27, menghadapi masalah hutang kad kredit yang kini mencecah RM6,149.06, bagaimanapun beliau berusaha untuk melangsaikan hutangnya itu dengan membuat permohonan agar faedah yang dicaj dapat dikurangkan.

Beliau memohon untuk menjelaskan hutang kad kreditnya sebanyak RM3,800, kerana masalah kewangan yang dihadapinya. Had kad kreditnya hanya RM3,000.

Malangnya, usaha beliau itu menghadapi masalah kerana pihak BSN tidak mahu menunjukkan kerjasama baik.

Dalam pertemuan dengan pihak bank, pegawai berkenaan memberikan diskaun sebanyak RM600 daripada baki semasa di mana Nadia perlu menjelaskan RM5,500, namun Nadia masih tidak mampu menjelaskan.

"Saya teliti dan ambil kira jumlah penggunaan, caj guaman dan jumlah faedah sehingga kad kredit dihentikan amaun sebenar hanya RM3,800 sahaja," luahnya dalam surat tersebut.

Atas sifat tanggungjawabnya, Nadia masih berusaha untuk melangsaikan hutangnya dan sekali lagi Nadia merayu dan menegaskan beliau tidak mampu akhirnya pegawai berkenaan memperlekehkan beliau dengan mencadangkan beliau meminta bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

"Saya rasa terhina dengan kata-kata seorang pegawai di sebuah bank yang cukup dikenali," tambahnya.

Tidak cukup dengan itu, pegawai BSN itu pula menakut-nakutkannya dan memberitahu beliau akan ditangkap kemudian dipenjarakan dan rumah pula akan disita.

"Beliau seolah-olah menakutkan dan mengugut Saya. Walaupun begitu saya masih merayu supaya dikurangkan jumlah pembayaran tetapi beliau terus memperlekehkan saya dengan menyuruh saya memberi lima sebab mengapa jumlah perlu dikurangkan," luah Nadia.

Paling mengecewakan Nadia, pegawai terbabit mengatakan BSN adalah bank kerajaan dan kerajaan tidak boleh menanggung kerugian.

Nadia cuba merayu untuk berbincang dengan pegawai atasan tetapi beliau tidak dibenarkan sama sekali, kerana pegawai itu tidak mahu memberi kerjasama dan bertoleransi dengan beliau.

Berbeza dengan bank-bank lain seperti Hong Leong Bank (Eon Bank Kredit Kad), di mana Nadia juga pernah berhutang kad kredit yang jauh lebih besar jumlahnya iaitu RM9,500.

Tetapi, Nadia berjaya menjelaskan kesemua hutang kad kredit Hong Leong Bank dengan hanya membayar sejumlah RM3,800.

"Pihak Hong Leong lebih mudah berurusan dan membantu serta memberikan kerjasama dengan saya untuk menyelesaikan masalah ini," katanya.

Jika BSN adalah bank kerajaan, mengapa Nadia sebagai rakyat negara ini diperlakukan sedemikian? Bukankah kerajaan selalu melaungkan slogan 'rakyat didahulukan!', bagi Nadia jika ia bank kerajaan sepatutnya tolong rakyat bukan peras ugut rakyat.

Harakah Daily

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

saya juga seperti nadia .di ugut untuk di tangkap kerana gagl membayar hutang kad kredit.

Tanpa Nama berkata...

Artikel bodoh..xpasal2 politik.dah pandai pinjam.bayar la..klu xmampu xpayah bodoh nk hidup berlagak..

mari tolong berkata...

7/22/2012 1:36 PTG Engkau yang BODOH! Bukan semua orang ni dpt masalah kad kredit sebab hidup nak berlagak. Ada yang sebab emergency, ada sebab nak tolong orang. Kau tak kena jangan nak memaki aja. Nanti Allah balas baru kau tau. Aku sendiri sebab nak tolong aku pulak yang terpaksa tanggung. Keluarga yang ditolong boleh pulak hidup senang, pau orang lain pulak, yg si ayah keluar TV lagi.

Tanpa Nama berkata...

Askum

Tanpa Nama berkata...

Askum..
Saya juga mengalami perkara yg sama, Walaubagaimanapun saya dapat merekod perbualan telefon antara saya dan mereka.. Mungkin akibat takut, mereka mengugut saya untuk memulangkan semula wang bayaran saya selama ni dan seterusnya mengambil tindkan keatas saya dengan alasan saya tidk pernah membuat bayaran.. Cara mereka, jelas menunjukkan mereka ingin kenakan saya.. Saya rasa perlu lakukan sesuatu supaya perkara sebegini tidk berulang.. Ini adalah nombor pegawai yang menyamar sebagai kakitangan bsn (tingkat 6, bsn jalan ampang):
Asyraf
0197363027