5 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -
JAKARTA - Ribuan orang yang mewakili pelbagai kumpulan masyarakat semalam mengadakan demonstrasi di Jakarta dan beberapa bandar lain di seluruh Indonesia sebagai membantah rancangan kerajaan untuk menaikkan harga minyak bersubsidi sebanyak Rp1,500 (55 sen) pada bulan depan.
Di ibu negara, demonstrasi bertumpu di tiga tempat iaitu di Bulatan Hotel Indonesia, di hadapan bangunan Parlimen dan di hadapan Istana Merdeka, iaitu Pejabat Presiden Indonesia.
Pihak polis mengarahkan kumpulan-kumpulan penunjuk perasaan itu supaya berdemonstrasi mengikut giliran bagi mengelakkan pergaduhan dan memudahkan pasukan keselamatan mengawal ketenteraman awam.
Kebanyakan demonstrasi berlangsung secara aman, namun ada beberapa insiden pergaduhan antara penunjuk perasaan dengan anggota polis, sehingga memaksa polis menembak gas pemedih mata untuk menyuraikan demonstrasi itu.
Kumpulan-kumpulan yang berdemostrasi di hadapan Istana Merdeka termasuklah dari Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) pimpinan bekas Presiden Indonesia Megawati Soekarnoputri dan pertubuhan Hizbut Tahrir Indonesia (HTI), yang sebelumnya telah juga berdemonstrasi di Bulatan Hotel Indonesia.
Jurucakap HTI Muhammad Ismail Yustanto berkata kenaikan harga minyak, pembatasan minyak bersubsidi serta penarikan balik subsidi minyak, akan mengungtungkan syarikat minyak asing dalam jangka masa panjang.
"Jika tidak ada inovasi, kegiatan perniagaan Pertamina (syarikat minyak nasional) akan menjadi tidak kompetitif, sehingga Pertamina akan berpindah kepada syarikat minyak asing itu.
"Hal ini tentu akan merugikan Pertamina," katanya. Pada masa ini Pertamina memonopoli penjualan minyak petrol oktan 88 yang bersubsidi, dengan harga runcit Rp4,500 seliter (kira RM1.60 seliter) dan selepas kenaikan harga yang dicadangkan itu, harga baru akan menjadi Rp6,000 (kira-kira RM2.15). - Bernama
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan