5 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -
PASIR PUTEH - Pasukan Polis Marim Wilayah Tiga berjaya menumpaskan kegiatan menyeludup diesel bernilai RM238,000 yang dilakukan oleh dua rakyat tempatan kira-kira jam 1.30 pagi semalam di Jeti Limbongan Sireh di Sungai Semerak, di sini.
Komander Pasukan Polis Marim Wilayah Tiga, ACP Azmi Ibrahim berkata, rampasan tersebut merupakan yang terbesar pada awal tahun ini iaitu melibatkan 27,000 liter diesel bernilai RM48,600.
“Ia merupakan satu jumlah yang besar dan kami dimaklumkan mereka membeli bekalan diesel dengan cara runcit di beberapa buah stesen minyak dari Paka, Terengganu hingga ke Tok Bali, di sini selama lapan hari sebelum diseludup ke negara jiran,” katanya kepada pemberita dalam satu sidang media di sini, semalam.
Menurutnya, kegiatan tersebut juga melibatkan sebuah lori tangki minyak bernilai RM120,000 dan bot tangki bernilai RM70,000 yang turut dirampas.
Azmi berkata, hasil operasi tersebut juga pihaknya berjaya menahan dua lelaki tempatan iaitu seorang pemandu lori berumur 42 tahun berasal dari Kuala Abang, Dungun, Terengganu dan kelindan lori berumur 44 tahun dari Paka, Terengganu.
Beliau berkata, tiga warga Thailand yang terdiri daripada seorang tekong berumur 55 tahun dan dua awak-awak juga berjaya ditahan kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.
“Mereka ini dipercayai memainkan peranan untuk membawa diesel ke Thailand yang mana harganya adalah dua kali ganda berbanding di negara kita iaitu RM1.80 seliter di sini dan RM3.20 di sana.
“Kesemua mereka diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk tindakan selanjut,” katanya.
Azmi berkata, rampasan tersebut merupakan yang terbesar untuk awal tahun ini.
Beliau melahirkan rasa kecewa apabila yang terlibatkan dengan kegiatan tersebut adalah merupakan rakyat tempatan yang tidak bersyukur dengan keistimewaan yang diberikan oleh kerajaan untuk kemudahan rakyat.
“Kami berharap orang ramai dapat membantu menyalurkan maklumat tentang apa jua kegiatan penyeludupan dalam usaha membanteras kegiatan tersebut,” katanya.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan