4 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -
KETIKA skuad badminton negara sedang berhempas pulas bersaing di Siri Super Terbuka India, timbul rasa kurang senang segelintir pihak mengenai penyertaan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei yang dikhuatiri akan menjejaskan kecederaan bahu yang dialaminya baru-baru ini.
Ia turut diperakui bekas pemain badminton kebangsaan, Jalani Sidek bahawa Chong Wei sewajarnya lebih berwaspada dengan mendapatkan rehat secukupnya supaya matlamat di Olimpik London, Julai depan tidak terjejas.
“Beliau sepatutnya tidak perlu beraksi kerana pernah cedera dan ini sekali gus membuka ruang kepada pihak lawan mengetahui lebih banyak kelemahan Chong Wei. “Fokus di Olimpik adalah perkara utama Chong Wei sekarang, supaya misi meraih emas di London tercapai,” katanya.
Jalani yang pernah merangkul gangsa dalam acara beregu di Olimpik 1992 berkata, keputusan jagoan dunia itu yang nekad untuk menyertai tiga kejohanan iaitu Siri Super Terbuka India, GP Emas Terbuka Malaysia dan Piala Thomas sebelum Olimpik terletak kepada Olahragawan Kebangsaan 2011 itu yang lebih arif mengenai kecergasan dirinya sendiri.
“Beliau lebih arif tentang tahap pemulihan kecederaannya itu, dan saya yakin keputusannya untuk beraksi adalah satu keputusan yang bijak,” katanya yang berharap supaya Chong Wei mempertimbangkan aksinya di Piala Thomas yang berlangsung di Wuhan, China pada 20 hingga 27 Mei ini.
Sementara itu, mengulas mengenai kemampuan skuad negara di Piala Thomas pada Mei depan, beliau menyifatkan pasukan negara berdepan laluan sukar berdasarkan kemerosotan prestasi pemain sepanjang tahun lepas dan awal tahun ini.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan