26 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -
KULIM - Identiti mayat wanita mangsa bunuh dan bakar di kawasan semak di Padang Serai, masih menjadi misteri kerana belum ada pihak tampil memberi maklumat atau mengecamnya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Kedah, Asisten Komisioner Mohd Zakaria Ahmad berkata: “Saya minta sesiapa yang ada maklumat, kehilangan anggota keluarga atau mahu membuat pengecaman mayat agar segera hubungi polis.”
Mereka boleh hubungi balai polis berhampiran atau Ketua Polis Daerah Kulim menerusi talian 04-4906222.
Sinar Harian kelmarin melaporkan penduduk di Taman Desa, Padang Serai, di sini gempar apabila polis menemui mayat seorang wanita, dipercayai berusia dalam lingkungan 20-an, yang masih terbakar di dalam parit tidak jauh dari kawasan perumahan.
Mohd Zakaria juga meminta dua pemikat burung yang menghubungi polis untuk melaporkan tentang penemuan mayat tersebut supaya tampil membantu siasatan.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan