26 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -
PULAI INDAH – Baru berusia 10 hari, seorang bayi lelaki dekat sini sudah menjalani pembedahan membuang tumor dan air di kepalanya yang mengembang akibat penyakit 'hydrocephaalus' atau kepala besar yang dihidapinya.
Ibu bayi berkenaan, Safiah Md Nasir, 30, dan suaminya, Jalalludin Omar, 36, redha dengan ketentuan apabila anak bongsunya dari lima beradik, Muhammad Akid Hazimi Jamaluddin lahir tidak seperti kanak-kanak lain.
Safiah berkata, bayinya yang baru berusia 10 hari itu sudah menjalani pembedahan membuang tumor dan air di kepalanya yang semakin mengembang di Hospital Kuala Lumpur pada 27 Februari lalu.
Menurutnya, kepala anaknya itu membesar sehingga berukuran lilit 46 sentimeter semasa dilahirkan, berbeza dengan bayi normal lain yang hanya bersaiz ukur lilit sekitar 35 sentimeter.
"Sebelum ini doktor ada memaklumkan yang anak saya tidak boleh hidup lama dan hanya boleh bertahan sekitar dua jam selepas dilahirkan berikutan tisu otaknya dipenuhi air.
"Namun kami hanya berserah kepada ALLAH SWT dan berdoa semoga anak kami sihat," katanya ketika ditemui di kediamannya di Taman Pulai Indah, semalam.
Safiah berkata, dalam keadaan anaknya yang sakit, dia dan suami terpaksa berulang alik ke Hospital Kuala Lumpur memandangkan setakat ini tiada sebarang ubat yang dibekalkan pihak hospital dan perlu menjalani rawatan secara berjadual termasuk di Hospital Melaka.
"Biarpun suami hanya bekerja sendiri dengan mengusahakan bengkel kereta secara kecil-kecilan, namun kami tetap berusaha mengubati Muhammad Akid meskipun peluang melihat dia membesar dengan normal tipis.
"Alhamdulillah tidak sukar untuk menjaganya kerana dia tidak banyak menangis dan berharap orang ramai dapat mendoakan anak saya sembuh," katanya.
Katanya, doktor juga memaklumkan selepas ini anak mereka akan melalui beberapa lagi pembedahan ekoran terpaksa bergantung kepada tiub yang diletakkan di kepalanya.
Orang ramai yang bersimpati terhadap nasib yang menimpa pasangan suami isteri dan berhasrat menghulurkan sumbangan boleh dilakukan melalui akaun Maybank keluarga terbabit, 154026378067 atau hubungi Jalalludin menerusi talian 017-2266813.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan