26 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -
JOHOR BAHRU – Gali lubang tutup lubang. Itulah situasi dihadapi seorang peniaga wanita apabila terpaksa membuat pinjaman kepada 16 ah long untuk digunakan sebagai modal berniaga.
Menurut Dila (bukan nama sebenar), pada mulanya dia membuat pinjaman sebanyak RM1,000 daripada seorang ah long, namun disebabkan gagal melunaskan bunga sebanyak RM200 seminggu, dia terpaksa pinjam kepada ah long lain sehingga pinjaman mencecah RM15,600.
Dia tiada pilihan selain membuat pinjaman melalui ah long untuk mendapatkan modal perniagaan pada Februari lalu apabila dia mula mengambil alih warung milik rakannya di sebuah taman perumahan di Skudai, di sini, selepas namanya disenarai hitam.
“Sebelum ini, saya tiada masalah dengan pihak bank sehinggalah pada tahun 1998, rakan membuat pinjaman membeli kereta menggunakan nama saya. Malangnya dia gagal bayar balik sehingga kereta itu ditarik balik, sekali gus nama saya disenarai hitam.
“Oleh kerana terlalu buntu dan yakin untuk berniaga, saya tidak berfikir panjang dan mengambil keputusan membuat pinjaman dengan ah long selepas usaha mendapatkan pinjaman daripada pihak tertentu termasuk ahli keluarga gagal," katanya ketika ditemui Sinar Harian, di sini, semalam.
Katanya, dia berani mengambil risiko selain yakin mampu untuk membuat pembayaran balik kerana jumlah pinjamannya hanyalah RM1,000, namun tidak menyangka apabila bunga yang perlu dibayar tiap minggu melebihi jumlah pokok iaitu RM1,900 seminggu.
Paling membuatkan dia tertekan apabila sering diburu ah long berkenaan sekiranya gagal menjelaskan bunga setiap minggu, sehinggakan dia tidak berani untuk membuka warung kerana bimbangkan keselamatannya.
Satu laporan polis dibuat mangsa di Balai Polis Johor Bahru Central Jumaat lalu.
“Saya terpaksa menggunakan hasil perniagaan sebanyak RM3,000 sebulan, selain gaji kerja sambilan sebanyak RM800 untuk melangsaikan hutang, namun hanya hutang dengan lima daripada 16 ah long berjaya saya langsaikan dan masih ada baki pinjaman sebanyak RM8,950.” katanya.
Agency

Tiada ulasan:
Catat Ulasan