26 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -
KOTA BHARU – Seorang penghantar gas dikenakan hukuman denda RM7,000 atau lapan bulan penjara selepas mengaku bersalah memiliki barangan yang dilaporkan hilang dalam kejadian ragut di sini, Januari lalu.
Hukuman terhadap Wan Mohd Syazwan Wan Abdullah, 19, dibuat mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan kerana dengan niat memiliki harta curi iaitu kad pengenalan, Wan Rohayati Wan Hussin, Nur Farhana Mohamad Suhaimi dan pelbagai kad ATM serta lesen memandu milik mangsa.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Flat Bandar Baru Kubang Kerian di sini, pada jam 5.30 pagi, 17 Januari lalu.
Pada prosiding semalam, Wan Mohd Syazwan berdepan tuduhan asal meragut mangsa di Jalan Telipot di sini, pada jam 11.30 pagi, sehari sebelum barang kes ditemui bersama tertuduh.
Dia bagaimanapun menafikan tuduhan itu sebaliknya mengaku pada pertuduhan pilihan yang ditawarkan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Noor Dayana Mohamad.
Majistret Mohd Fazaly Ali Mohd Ghazaly sebelum menjatuhkan hukuman, menasihati tertuduh agar insaf atas perbuatannya itu serta tidak mengulangi jenayah sama pada masa hadapan.
“Saya berharap kamu insaf. Perjalanan hidup kamu masih panjang. Kamu mesti ingat, apa yang berlaku menyebabkan banyak air mata yang mengalir, ada yang mengalami fobia untuk menaiki motosikal sebab terjatuh dan tercedera kesan daripada kejadian ini,” katanya.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan