26 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -
KUANTAN – Polis berjaya menangkap dua suspek terlibat beberapa kes ragut sekitar bandar Kuantan, baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff berkata, masalah ragut merupakan kes terpencil, namun dengan penangkapan suspek tersebut dapat membantu pihak polis meneruskan siasatan dan mendapatkan maklumat.
“Penangkapan suspek tersebut yang merupakan golongan remaja menunjukkan golongan ini yang sering terlibat.
“Dengan penangkapan itu dapat membantu polis membanteras masalah ragut dalam tempoh terdekat ini.
“Kebanyakan mereka terlibat bergerak secara berpasangan bagi melaksanakan aktiviti tersebut terutama bagi mereka yang menggunakan motosikal,” katanya kepada media selepas Majlis Penyampaian Cenderahati kepada pesakit Hospital Tengku Ampuan Afzan, di sini, semalam.
Katanya, pihak polis semakin giat melakukan rondaan di kawasan sunyi dan mempunyai potensi berlaku kes tersebut.
“Kawasan rondaan meliputi kawasan kediaman yang turut menjadi kawasan baru bagi peragut, lorong sunyi dan kawasan dikenal pasti pihak polis.
“Jadi jika berlaku kejadian tersebut, mangsa sedikit sebanyak perlu mengecam peragut dan segera melaporkan kepada pihak polis.
“Polis memerlukan maklumat dan gambaran jelas terutama ketinggian, rupa paras, nombor motosikal, jenis kenderaan dan sebagainya yang membolehkan penangkapan dilakukan secepat mungkin,” katanya.
Tambahnya, orang awam dinasihatkan supaya tidak mengenakan sebarang perhiasan yang mampu menarik perhatian peragut.
“Suri rumah tidak perlu memakai barang kemas semata-mata untuk membuang sampah atau sekadar berada di luar rumah.
“Selain itu, orang ramai perlu mengelakkan diri mereka untuk berjalan kaki di tempat sunyi atau secara berseorang.
“Langkah pencegahan perlu dilakukan bagi mengelakkan perkara ini terjadi kepada diri sendiri selain bantuan daripada tindakan polis,” katanya.
Sementara itu, warga polis Kuantan diketuai Jasmani melawat 42 pesakit lelaki dan 16 pesakit wanita di wad Kiambang, Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).
Jasmani berkata, lawatan tersebut dilakukan tanda keprihatinan pihak polis terhadap pesakit yang masih dirawat sekali gus sempena sambutan Hari Polis ke-205.
“Wad ortopedik dipilih pada sesi lawatan kali ini memandangkan ia relevan dengan pasukan polis.
“Ada sesetengah daripada mereka terlibat dalam kemalangan dan sebagainya jadi kesempatan ini kami dapat bertanya khabar serta memberikan sedikit sebanyak nasihat yang dapat memberikan kebaikan kepada semua pihak,” katanya.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan