26 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -
BANDAR BENTONG – Seorang pelajar kolej maut dalam kemalangan di Kilometer 48.1 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, dekat sini, malam kelmarin.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohd Yusri Hassan Basri berkata, mangsa dikenali sebagai Muhammad Amirul Syafiq Zainudin, 20, beralamat di Taman Puchong Permai, Selangor.
Menurutnya, mangsa menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda bersama pembonceng dikenali sebagai Safiah Hashim, 19, dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur ke Karak.
“Setibanya di tempat kejadian, motosikal yang ditunggang mangsa dipercayai terlanggar bahagian belakang treler yang dalam perjalanan dari arah sama.
“Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala Safiah cedera parah dan masih dirawat di Hospital Bentong,” katanya kepada Sinar Harian.
Mohd Yusri berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Bentong untuk bedah siasat.
Menurutnya, pemandu treler berusia 36 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Kejadian berlaku selepas hujan dan siasatan lanjut akan diteruskan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Susulan kejadian ini, saya mengingatkan pengguna jalan supaya berhati-hati ketika memandu dengan mengamalkan sikap peka terhadap persekitaran,” katanya.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan