26 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -
IPOH - Seorang penjual telefon bimbit mendakwa dibelasah tiga lelaki dalam kejadian samun di Taman Pakatan, Pengkalan pada Khamis lalu.
Sewaktu kejadian, mangsa, Lam Kok Leong, 37, sedang menuju ke bank untuk menyimpan wang hasil jualan telefon bimbitnya kira-kira jam 10.20 malam pada hari tersebut.
Malangnya, dia didatangi lelaki yang tiba-tiba memukulnya di kepala, kemudian kaki dan tangan sehingga dia rebah dan tidak mampu berbuat apa-apa.
Selepas itu mangsa didatangi dua lelaki lain yang turut membelasahnya lalu merampas beg yang mengandungi wang tunai hampir RM7,000 kemudian melarikan diri.
Mangsa kemudian menelefon Ketua Persatuan Keselamatan Bandar Baru Pengkalan, Liew Hong Meng untuk mendapatkan bantuan.
Hong Meng ketika ditemui semalam berkata, mangsa menelefonnya untuk mendapatkan bantuan dan dia bersama beberapa anggota lain bergegas ke tempat kejadian.
“Apabila tiba mangsa sudah terbaring dengan kepala, kaki dan tangannya cedera parah. Kami segera menelefon ambulans untuk membawa mangsa ke hospital,” katanya.
Menurutnya, mangsa mendakwa ketika kejadian terdapat orang ramai lalu di sekitar kawasan tersebut namun tidak mengendahkannya yang sedang dibelasah kumpulan lelaki berkenaan.
“Sepatutnya, orang ramai yang nampak harus menelefon polis untuk membantu mangsa namun mereka lebih pentingkan diri sendiri agar terselamat daripada ancaman penjenayah terbabit,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Azisman Alias mengesahkan ada menerima laporan berhubung kes berkenaan di Balai Polis Pasir Putih dan akan siasatan akan dijalankan sehingga tertangkapnya suspek berkenaan.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan