26 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -
KULIM - Dua remaja berusia 18 tahun terpaksa berputih mata apabila cubaan melarikan sebuah motosikal jenis Honda EX5 berjaya dipatahkan oleh Polis Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) Kulim yang sedang membuat rondaan kira-kia jam 1.30 pagi semalam.
Kejadian berlaku di persimpangan Taman Cendana bila suspek dilihat sedang menunda motosikal dalam keadaan mencurigakan.
Jurucakap polis berkata, polis mengarahkan suspek memberhentikan kenderaan tetapi mereka enggan berbuat demikian, memaksa polis memintas motosikal suspek untuk mengelakkan mereka melarikan diri.
Menurutnya, kerana takut dicekup, suspek yang menunggang motosikal jenis SYM bertindak agresif dengan memecut motosikalnya ke arah pekan Kulim manakala seorang lagi mencampakkan motosikal yang dicuri sebelum melarikan diri ke dalam semak berhampiran.
“Siasatan awal mendapati motosikal itu dicuri di hadapan sebuah pasar raya di Kulim. Polis kemudiannya menerima panggilan di mana seorang pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di sini kehilangan motosikal.
“Mangsa kemudiannya dibawa ke tempat kejadian untuk membuat pengecaman dan mengesahkan motosikal yang ditemui adalah miliknya,” katanya.
Menurut pelajar IPTA itu, dia meletakkan motosikal di hadapan sebuah restoran makanan ringan sebelum masuk ke dalam pasar raya untuk berjumpa seorang rakan.
“Apabila keluar saya dapati motosikal saya sudah tiada. Saya kemudiannya memaklumkan kepada pengawal keselamatan bertugas dan meminta bantuan polis untuk mengesan motosikal saya.
“Beberapa minit kemudian, seorang anggota polis berpangkat koperal berjumpa saya dan meminta saya membuat pengecaman terhadap sebuah motosikal dan saya mengesahkan ia milik saya,” katanya.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, permasalahan kehilangan motosikal selalunya berpunca daripada kelalaian pemilik ketika meletakkan motosikal mereka.
Menurutnya, sehingga kini kadar kehilangan motosikal semakin menurun dan kebanyakan suspek yang terlibat berjaya ditahan.
“Saya nasihatkan pengguna jangan meletakkan motosikal mereka dalam keadaan berisiko di mana ia boleh dicuri. Gunakan kunci tambahan dan letak motosikal di tempat terang supaya senang dilihat oleh orang ramai," katanya.
Beliau berkata, siasatan mendapati kebanyakan kes kecurian motosikal melibatkan suspek yang tinggal di luar Kulim.
“Selain itu sindiket pengedaran dadah juga terlibat dalam kehilangan motosikal. Pengedar dadah sekarang ini menggunakan taktik baru di mana penagih hanya perlu mencagarkan motosikal mereka untuk mendapatkan bekalan.
Ini mengakibatkan penagih yang tidak mempunyai motosikal mengambil jalan mudah dengan mencuri motosikal,” katanya.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan