26 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -
SELEPAS berjaya mengesahkan slot ke separuh akhir Piala FA, Sime Darby mengukuhkan cengkaman mereka di Liga Perdana apabila membelasah Harimau Muda B,
3-0 kelmarin.
Kekal di tangga ketiga liga, jurulatih, Ismail Zakaria menyifatkan anak buahnya mengekalkan rentak permainan dengan baik meskipun terpaksa bermain dalam keadaan padang yang becak.
“Mereka mempunyai motivasi yang tinggi walaupun berdepan hujan lebat dan berjaya meraih tiga mata di laman lawan.
“Apa pun, kita perlu bekerja lebih keras bagi memantapkan pasukan sekali gus sasaran untuk ke saingan Liga Super musim depan dapat direalisasikan,” katanya yang enggan pasukan berpesta terlalu awal kerana siri perlawanan yang masih panjang.
Sementara itu, beliau turut mengumumkan pemain import baru dari Brazil, Liandro Santos Pinto bakal menggantikan pemain importnya, Sengbah Kennedy untuk mengisi posisi pertahanan.
“Kita berharap kehadirannya dapat membantu pasukan terutama dalam memburu slot ke saingan akhir Piala FA menentang Terengganu,” katanya yang turut memuji aksi Patrick Ronaldinho yang menjaringkan gol pada minit ke-46 dan 74 selain turut dibantu Zamri Hassan pada minit ke-90.
Enggan menekan butang panik terlalu awal, beliau mengakui anak buah Mat Zan Mat Aris antara pasukan paling konsisten di Liga Super dalam perlawanan separuh akhir di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu yang berlangsung Sabtu ini.
“Kita akan buat persiapan sebaik mungkin dan mungkin akan berlaku satu keputusan yang mengejutkan nanti,” katanya yang tetap meletakkan Ronaldinho untuk bergandingan dengan Mohd Irme Mat di jentera serangan.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan