26 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -
TAMAN MEDAN INDAH - Seorang lelaki tidak dapat menanggung tekanan apabila dibebani hutang yang banyak sehingga nekad menamatkan riwayatnya, malam kelmarin.
Pengerusi Yayasan Pembangunan Belia India Malaysia (MIYDF) Pahang, K Tamil Selvam berkata, difahamkan si mati mengalami masalah kewangan yang agak kritikal.
Menurutnya, ketika kejadian kira-kira jam 9 malam, si mati yang hanya bekerja kontrak di kilang papan berhampiran, tinggal sendirian di rumah sementara isteri dan anak-anak berada di rumah mentuanya.
“Saya dapat tahu daripada abang iparnya, dia tertekan akibat menanggung hutang terutama selepas mendapat tahu rumah yang dibeli akan dilelong tidak lama lagi.
“Tetapi dia tidak menunjukkan tanda-tanda tertekan seperti murung atau sebarang tanda negatif sehinggalah ditemui tergantung di ruang dapur rumahnya,” katanya.
Tamil Selvam berkata, pada sebelah siang, si mati ada berjumpa dengannya dan berbual seperti biasa, namun tidak ada langsung menyentuh perkara berkaitan masalah kewangan yang dihadapinya.
Katanya, tidak lama selepas itu, dia mendapat tahu daripada beberapa rakan, si mati sedang berusaha mendapatkan pinjaman kewangan.
“Dia berjumpa beberapa rakan untuk mendapatkan wang tunai lebih kurang RM5,000, namun semua usahanya buntu.
“Ketika semua ahli keluarga tidak berada di rumah, dia bertindak nekad menamatkan riwayat hidupnya di bahagian dapur dan hanya disedari sebaik sahaja isterinya pulang ke rumah pada sebelah malam,” katanya.
Sementara itu, polis Raub mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut kerana berdasarkan bedah siasat tidak menunjukkan sebarang tanda perbuatan jenayah.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Wan Mohd Samsudin Wan Osman berkata, lelaki berkenaan adalah penduduk tempatan dan sudah pun meninggal dunia ketika ditemui ahli keluarganya di bahagian dapur rumah dekat Taman Medan Indah.
“Hasil bedah siasat mendapati tiada kesan kecederaan lain dan si mati meninggalkan seorang balu yang tidak bekerja serta dua anak berusia 19 dan 5 tahun,” katanya.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan