29 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -
Pengendali The Red Warriors, Bojan Hodak menganggap perlawanan menentang Sime Darby FC kelmarin adalah satu aksi bola sepak yang hebat dan agak sukar bagi anak didiknya mengatur gerakan.
Tetap berpuas hati dengan kemenangan berkenaan, Bojan menyifatkan strategi yang direncakan pasukan lawan dengan bertahan pada separuh masa pertama menyukarkan Kelantan menjaringan gol.
“Mereka bermain sungguh hebat dan kemas terutamanya pada separuh masa pertama hinggakan barisan jentera serangan gagal menembusi pertahanan.
“Strategi mereka umpama meletakan bas di depan gawang gol mereka dan tiada ruang untuk kita melakukan sesuatu,” katanya.
Bojan juga enggan tergesa-gesa memikirkan gelaran treble selepas membantu Kelantan memenangi Piala FA.
“Kita hadapi setiap perlawanan satu demi satu. Masih banyak aksi yang akan dilalui anak buah saya. Jadi, saya tidak mahu terburu-buru melihat gelaran yang belum pasti,” katanya.
Kelantan menamatkan penantian selama 22 tahun sejak piala tersebut mula diperkenalkan pada 1990 selepas mencatatkan kemenangan tipis, 1-0 ke atas wakil kelab Lembah Klang itu di Stadium Nasional Bukit Jalil, kelmarin.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan