21 Mei 2012

Robben: Penalti yang teruk

29 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

ARJEN Robben meratapi kegagalan menyempurnakan sepakan penalti pada masa tambahan perlawanan akhir Liga Juara-Juara sambil menyifatkan ia sebagai tendangan paling teruk pernah diambilnya.

Awal pagi semalam, Bayern Munich mempunyai peluang cerah mendahului Chelsea apabila dihadiahkan sepakan penalti selepas Frank Ribery dikasari Didier Drogba di dala m kotak penalti The Blues.

Sekiranya Robben dapat menyempurnakan penalti itu, Bayern dilihat mampu menamatkan perlawa­nan selaku juara selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 sepanjang tempoh 90 minit perlawanan.

Sepakan rendah kencangnya yang menuju ke penjuru sebelah kanan diselamatkan Petr Cech.

“Saya tidak boleh gambarkan dengan kata-kata bagaimana perasaan saya ketika ini. Apa yang saya boleh rumuskan, ini adalah malam yang malang.

“Saya begitu mahukan piala ini, tapi apa bolah buat tuah tidak bersama kami malam ini,” katanya.

Sinar Harian

Tiada ulasan: