29 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -
GEORGETOWN - Pencemaran Sungai Pinang yang masih pada tahap membimbangkan menggugat mata pencarian nelayan yang bergantung hidup kepada hasil tangkapan di kawasan laut berhampiran.
Tinjauan Sinar Harian mendapati sampah sarap dan minyak hitam turut dibuang ke dalam sungai itu.
Ketua Unit Nelayan Pengkalan Sungai Pinang, Nazri Ahmad berkata, pelbagai sisa buangan termasuk kayu, tunggul dan sampah sarap memenuhi sungai itu setiap hari.
"Jika dibiarkan berterusan, saya khuatir ia menyusahkan pergerakan dan aktiviti kira-kira 150 nelayan ke laut kerana proses pembersihan mengambil masa panjang," katanya ketika ditemui Sinar Harian semalam.
Beliau berkata akibat pencemaran itu, hasil tangkapan mereka semakin berkurangan, selain mengalami kerugian kerana sampah sarap turut merosakkan pukat.
"Limpahan sampah yang banyak dari kawasan hulu terperangkap di pukat. Setiap hari kami terpaksa membuang masa untuk mengeluarkan sampah dari pukat.
"Kami juga terpaksa mengeluarkan belanja sendiri untuk memperbaiki pukat yang koyak akibat tersangkut pada sampah dan besi di dalam laut. Ia mencecah lebih RM1,000," katanya.
Nazri, anak jati Kampung Sungai Pinang turut melahirkan kebimbangan dengan pembuangan air sisa buangan kilang dan bengkel kenderaan berhampiran secara terus tanpa menjalani proses pembersihan terlebih dahulu.
"Kami percaya pengurusan kilang dan bengkel berhampiran menjalankan aktiviti pembuangan sisa kumbahan kilang tanpa mematuhi prosedur ditetapkan Jabatan Alam Sekitar (JAS).
"Dalam jangka panjang, ia bukan sahaja mencemarkan imej dan keindahan Sungai Pinang tetapi mata pencarian 150 nelayan kecil yang berpangkalan di Jeti Sungai Pinang akan terjejas.
Menurutnya, jika sebelum ini nelayan di kawasan itu memperoleh pendapatan lebih RM1,000 sebulan tetapi sekarang hanya RM600 hingga RM700
Sehubungan itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan JAS perlu mengambil perhatian serius mengenai masalah itu.
"Kita minta jabatan berkenaan turun padang dan melihat sendiri keadaan di Sungai Pinang.
"Lebih penting mereka kena bantu usaha memulihara khazanah hidupan sungai daripada ancaman kepupusan.
"Dalam masa sama, saya merayu penduduk berhampiran tebing sungai ini supaya lebih berdisiplin dan tidak menjadikan sungai sebagai sasaran pembuangan sampah sebaliknya menggunakan kemudahan tong sampah disediakan," katanya.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan